Citation
Awang, Mohd Daud
(2015)
Amalan dan strategi pemerkasaan sektor pertanian masyarakat Melayu Sri Aman, Sarawak.
International Journal of Social Policy and Society, 11 (1).
pp. 109-121.
ISSN 1823-0865
Abstract
Sri Aman merupakan salah sebuah bahagian Sarawak yang majoriti penduduknya adalah bangsa Melayu (Chang Pat Foh: 1999). Namun begitu masyarakat Melayu hanya menguasai 20% daripada jumlah penduduk Sri Aman. Aktiviti pertanian merupakan pekerjaan tradisi yang masih lagi diwarisi oleh masyarakat Melayu Sri Aman terutamanya dengan tanaman padi. Selain daripada padi, tanaman kelapa sawit dan getah juga merupakan tanaman penting masyarakat Sri Aman kini. Sri Aman juga terkenal dengan hasil tanaman buah-buahan seperti limau, rambutan, jagung dan sebagainya. Berdasarkan pemerhatian pengkaji mendapati bahawa masyarakat Melayu Sri Aman masih menggunakan kaedah tradisional dalam aktiviti pertanian mereka. Di samping itu, pengkaji mendapati tahap pembangunan infrastruktur di kampung-kampung Melayu Sri Aman adalah di tahap yang kurang memuaskan. Kajian ini merumuskan aktiviti pertanian masyarakat Melayu tidak dapat dimajukan kerana ia dijalankan dalam bentuk pada skala kecil dan untuk sara diri sahaja di samping masalah kewangan yang terhad.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |