Citation
Che Yaacob, Mohd Azizi
(2014)
Kajian al I'lal dan al Ibdal dalam kitab Fath al-Mubin li al-Sharh al-'Arba'in.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini mengkaji fenomena penggunaan perkataan al I’lal dan al Ibdal di dalam kitab Fath al-Mubin li al-Sharh al-‘Arba’in. Kepentingan kajian ini adalah untuk menetapkan cara bacaan perkataan kata kerja dan kata nama yang berasal dari wazan yang berbeza samada qiasi dan sima’i. Keperluan untuk memahami proses al I’lal dan al Ibdal ini adalah kerana pengkaji mendapati timbul kesukaran kepada
pelajar bahasa arab untuk mengenal pasti kata kerja atau kata nama yang mengandungi al I’lal dan al Ibdal disebabkan mereka tidak mengetahui asal-usul huruf yang berlaku
perubahan itu. Pengkaji mendapati kebanyakan pelajar bahasa arab kini mengalami kesukaran memahami isi kitab saraf disebabkan teknik penulisan yang mengikut kaedah penulisan ulamak terdahulu dan penggunaan bahasa arab klasik yang sukar difahami dan kurangnya ujian dan latihan yang menjelaskan perubahan perkataan dengan cara menukar, mengganti atau menggugurkan huruf. Tujuan kajian ini adalah
untuk mengeluarkan sebahagian perkataan al I’lal dan al Ibdal untuk dianalisa bagi menetapkan asal huruf illah atau sahih seterusnya menyatakan kedudukan al I’lal dan
al Ibdal dan menjelaskan sebab berlaku perubahan pada perkataan tersebut. Kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah meninjau, mengumpul dan
menganalisa data. Bagi setiap perkataan yang dipilih, pengkaji memfokuskan kepada perbezaan wazan, bahagian, hukum serta sebab berlaku perubahan pada perkataan berkenaan mengikut pandangan dan pendapat ulamak saraf terdahulu. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua puluh satu hadis yang terdiri daripada lima puluh lima
perkataan al I’lal dan al Ibdal dengan mengutamakan perbezaan wazan tanpa mengulangi perkataan yang sama pada wazan dan binaan, dan juga perkataan kata nama dan kata kerja yang terdiri daripada ‘mithal’, ‘ajwaf’ dan ‘naqis’. Pengkaji mendapati perubahan yang berlaku pada perkataan I’lal bil qalbi paling banyak ditemui dalam Kitab Fath al-Mubin li al-Sharh al-‘Arba’in ini berbanding I’lal bil
naqli, I’lal bil hazfi dan I’lal bil taskin.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |