Citation
Mamat@Mustaffa, Madiawati
(2013)
Estetika dalam teks dan multimedia siri unggas.
PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Media teknologi berkembang dengan pesatnya dan telah diterima sebagai medium pilihan untuk menyebarkan maklumat dalam pelbagai bidang termasuk juga bidang sastera. Perkembangan sastera yang bermula dengan tradisi lisan
telah berubah ke bentuk tulisan dan seterusnya menggunakan multimedia sebagai salah satu saluran untuk memperkembang karya sastera dengan pengekalan terhadap nilai sastera dan estetika sebagai elemen utama sesebuah karya. Sastera dalam multimedia telah berkembang dengan adanya penerbitan cerita secara digital dalam bentuk cakera padat ataupun dalam
talian. Dengan ini karya multimedia perlu diteliti secara menyeluruh agar perkembangannya memenuhi nilai dan fungsi sastera. Justeru itu, kajian ini bertitik tolak daripada perkembangan sains dan teknologi dengan mengkaji dua
data, iaitu Koleksi Terpilih Cerita Unggas (karya berbentuk teks) dan Perisian Cerita Unggas (karya berbentuk multimedia) untuk membincangkan prinsip estetika berdasarkan teori estetika Jerome Stolnitz (1960) serta disesuaikan dengan kajian Zakaria Osman (1997). Kajian ini berbentuk kajian analisis data sepenuhnya dilakukan bagi menjelaskan prinsip-prinsip estetika serta mendapatkan ciri-ciri estetika yang dominan dalam kedua-dua bentuk
penyampaian karya sastera tersebut. Dapatan kajian ini mendapati bahawa kedua-dua karya versi teks dan karya versi multimedia tersebut dapat diaplikasikan dengan prinsip estetika seperti aspek perkara (matter), bentuk (form) dan penyataan (expression). Kebanyakan daripada ciri-ciri estetika tersebut dapat ditanggapi dalam kedua-dua karya, yang membezakannya hanya pada bentuk penyampaian sahaja. Jika dalam karya versi teks watak dan perwatakan,peristiwa, gaya bahasa dan segala unsur sastera yang membina teks berperanan dalam menyerlahkan nilai estetika sesebuah karya, namun dalam karya versi multimedia, elemen grafik, warna, audio dan video juga telah membantu dalam menyampaikan maklumat secara berkesan dan menarik.
Walaupun kedua-dua karya tersebut berbeza dari aspek penyampaiannya tetapi fokus utama cerita tersebut masih sama dan ketiga-tiga aspek yang dibincangkan mempunyai peranannya yang tersendiri dalam menyerlahkan estetika sesebuah cerita. Multimedia dilihat sebagai media penyampaian sahaja,pengisiannya masih lagi menggunakan elemen sastera yang terasnya estetika.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |