Citation
Aminallah, Farah Hanan
(2013)
Penterjemahan kolokasi kata kerja berpreposisi Arab-Melayu melalui Google Translate.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Ramai yang mendakwa bahawa Google Translate tidak memberikan terjemahan bahasa Arab bahasa Melayu dengan baik. Malah terjemahannya sangat mendukacitakan. Beberapa tinjauan awal terhadap terjemahan Google Translate dilakukan dengan menterjemahkan beberapa kolokasi
bahasa Arab ke bahasa Melayu. Walaupun perkhidmatan ini lebih pantas,namun itu tidak semestinya menjanjikan kualiti terjemahannya. Oleh itu,kajian ini bertujuan untuk menguji, menghurai dan memberi penjelasan tentang kualiti terjemahan kolokasi yang diperolehi melalui Google Translate. Objektif kajian ini adalah untuk melihat ketepatan terjemahan
Google Translate terhadap kolokasi berpreposisi, mengenal pasti bentuk terjemahan yang diperoleh daripada Google Translate dan menilai tahap kewajaran kepenggunaan Google Translate sebagai salah satu medium penterjemahan. Kajian kualitatif ini menggunakan metod kepustakaan dengan memberi fokus pada terjemahan kolokasi kata kerja dengan kata
sendi. Seterusnya kebolehpercayaan terjemahan yang dibuat oleh Google Translate ditentukan melalui analisis kesalahan terjemahan yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hasil terjemahan yang diberikan oleh Google Translate termasuklah terjemahan ke bahasa Inggeris,
terjemahan kepada bunyi fonem, serta ketidakbolehan menterjemah kata sendi. Manakala tahap kebolehgunaan sistem terjemahan dalam talian Google Translate berada pada tahap tidak mencapai standard yang diperlukan. Kesimpulannya, penggunaan Google Translate sebagai kamus adalah masih boleh digunakan, namun bukanlah sebagai sumber utama.
Sebaliknya, pengguna-pengguna kamus disarankan agar membuat semakan semula terhadap terjemahan yang diperoleh menerusi Google Translate untuk mendapatkan hasil yang mantap.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |