UPM Institutional Repository

Analisis kesilapan tersalah letak kata nama bahasa Cina


Citation

Ang, Lay Hoon and Lau, Su Kia and Jaswant Singh, Sheena Kaur and Tay, Yang Lian and Abdul Halim, Hazlina and Mamat, Roslina (2013) Analisis kesilapan tersalah letak kata nama bahasa Cina. In: 4th MICFL Malaysia International Conference on Foreign Languages 2013, 3-4 July 2013, Kompleks Seri Negeri, Melaka, Malaysia. . (Unpublished)

Abstract

Pelajar bukan Cina yang mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua lazim melakukan kesilapan sintaksis dalam ayat bahasa Cina. Didapati bahawa pelajar bukan Cina sentiasa tersalah letak perkataan dalam ayat bahasa Cina yang dibina. Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengkaji masalah penyalahletakan kata nama tempat dan kata nama masa dalam ayat bahasa Cina. Demi mengelakkan pelajar bukan Cina melakukan kesilapan urutan kata tersebut, kajian ini juga menyiasat kaedah/teknik pengajaran yang digunakan agar membantu pelajar dalam meletakkan kata nama di kedudukan yang tepat dalam ayat. Seramai 40 orang pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dipilih sebagai sampel kajian ini. Data yang dikaji merupakan ayat yang terdapat kesilapan tersalah letak kedua-dua jenis kata nama tersebut yang dihasilkan oleh sampel kajian dalam penulisan. Data dikenal pasti dan dianalisis secara kualitatif. Selain itu, seramai lima orang pensyarah dan guru bahasa Cina telah ditemu bual dengan soalan separa berstruktur untuk menyiasat kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh mereka. Disebabkan gangguan bahasa ibunda (iaitu bahasa Melayu), pelajar Melayu cenderung meletakkan kedua-dua jenis kata nama tersebut dalam ayat bahasa Cina berdasarkan urutan kata bahasa Melayu. Hasil dapatan temu bual menunjukkan bahawa terdapat 13 jenis kaedah pengajaran yang digunakan. Antaranya kaedah pengajaran yang mewajibkan pelajar bertutur dalam bahasa Cina di kelas, lakon peranan, soal jawab antara pelajar dengan pensyarah/guru bahasa serta kaedah meminta pelajar bertutur dengan penutur natif bahasa Cina di luar kelas bahasa berfungsi untuk membantu pelajar menguasai urutan kata bahasa Cina melalui komunikasi.


Download File

[img] PDF
41175.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (320kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Grammar mistakes; Syntax; Proper nouns; Preposition; Chinese language; Teaching method
Depositing User: Nursyafinaz Mohd Noh
Date Deposited: 28 Oct 2015 08:39
Last Modified: 28 Oct 2015 08:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41175
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item