UPM Institutional Repository

Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM tawar 1,000 anak pokok


Citation

Universiti Putra Malaysia, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (2015) Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM tawar 1,000 anak pokok. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 30 Okt - Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-39 menawarkan sebanyak 1,000 anak pokok buah-buahan yang dihasilkan oleh UPM termasuk pelbagai klon anak pokok durian. Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen itu mempamerkan 28 Pameran Inovasi Penyelidikan majoritinya berkaitan pertanian. Ia dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan. Beliau berkata antara yang menarik ialah inovasi minyak masak jenama ‘Afdhal’ daripada ekstrak herba semulajadi yang mampu mengurangkan serapan minyak dalam masakan dan boleh digunakan berulang sehingga 80 kali. “Minyak itu dirumus secara saintifik menggunakan bahan utama iaitu minyak sawit dan herba yang mampu mengurangkan penyerapan minyak dalam makanan bergoreng sehingga 85% dan membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser. “Inovatif daripada perintis perusahan, penyelidik dan belia menunjukkan produk inovatif Malaysia boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa. “Pendekatan pertanian baru ini diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di negara kita,” katanya.


Download File

[img]
Preview
PDF
Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM tawar 1,000 anak pokok.pdf

Download (282kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 09 Dec 2015 03:17
Last Modified: 09 Dec 2015 03:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/40400
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item