Citation
Khalid, Nurul Izzati
(2013)
Kesediaan guru mata pelajaran aliran vokasional melaksanakan Program School Enterprise di sekolah menengah teknik di zon selatan, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesediaan guru mata pelajaran aliran vokasional melaksanakan Program School Enterprise dalam aspek tahap pengetahuan isi kandungan modul keusahawanan, kemahiran keusahawanan dan sikap. Kajian ini juga ingin melihat hubungan antara
sikap dan kemahiran keusahawanan dan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut persepsi guru di dalam melaksanakan Program School Enterprise. Soal selidik telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 236 orang guru yang terlibat secara langsung dengan Program School Enterprise. Borang soal selidik terdiri dari 10 item mengenai maklumat diri guru, 18 item mengenai pengetahuan isi kandungan modul keusahawanan, 18 item mengenai kemahiran keusahawanan, 25 item mengenai sikap guru dan 22 item mengenai kaedah pengajaran.
Data statistik dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan ujian korelasi Pearson. Secara umumnya, penemuan kajian mendapati tahap pengetahuan guru terhadap isi kandungan modul keusahawanan adalah pada tahap baik dan mampu menguasai pengetahuan bagi topik. Bagi aspek
kemahiran keusahawanan menunjukkan guru mempunyai tahap kemahiran keusahawanan pada tahap sederhana tinggi (min=3.28). Terdapat dua elemen yang dinilai dalam kemahiran keusahawanan iaitu pengurusan (min=3.35) dan pemasaran (min=3.21). Dari aspek sikap menunjukkan guru
mempunyai sikap pada tahap sederhana positif terhadap pelaksanaan Program School Enterprise di mana nilai min tertinggi ialah elemen kepercayaan (min=3.67), diikuti daya inisiatif (min=3.49) dan minat (min=3.34). Manakala terdapat hubungan yang signifikan di antara kemahiran keusahawanan dengan sikap guru dalam pelaksanaan Program
School Enterprise. Di dalam aspek kesesuaian kaedah pengajaran,responden memilih kaedah pengajaran yang berorientasikan pelajar dengan meletakkan pelajar dalam situasi sebenar. Secara keseluruhannya,kemenjadian program ini banyak bergantung kepada guru yang berkualiti
dan bersedia dari pelbagai aspek seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap kerana diharapkan Program School Enterprise mampu mengubah lanskap keusahawanan di Malaysia.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Vocational teachers - Vocational guidance |
Subject: |
Entrepreneurship - Study and teaching (Secondary) - Malaysia |
Subject: |
Vocational education - Malaysia |
Call Number: |
FPP 2013 23 |
Chairman Supervisor: |
Soaib b. Asimiran, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Haridan Mohd Jais
|
Date Deposited: |
29 Jan 2016 04:14 |
Last Modified: |
29 Jan 2016 04:19 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39986 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |