Citation
Abstract
Buku Direktori Bunga Wangi sangat sesuai dijadikan bahan rujukan dan panduan bagi mengecam dan mengenal pasti bunga-bunga wangi yang terdapat di Malaysia. Direktori ini dilihat amat signifikan dalam menyediakan maklumat lengkap tentang pelbagai bunga wangi yang ditanam di Malaysia. Skop buku ini merangkumi sifat-sifat tumbuhan, keperluan tanaman, penanaman, penjagaan dan kegunaannya dalam kehidupan manusia. Buku ini sangat sesuai sebagai bahan rujukan pelajar institusi pertanian, pengusaha, pelanggan nurseri, pegawai pertanian, ahli landskap dan peminat bunga-bungaan. Buku ini menggunakan bahasa dan istilah yang mudah dan boleh difahami oleh semua golongan. Setiap tumbuhan yang dibincangkan diberi gred keharumannya menggunakan simbol bintang. Gred ini adalah panduan asas supaya pembaca dapat mengetahui tahap keharuman bunga yang dinyatakan. Maklumat kegunaan yang diberikan terutamamya dalam perubatan tradisional adalah untuk pengetahuan umum sahaja. Bagi mengelak kekeliruan atau salah pengecaman oleh pembaca, bunga yang dipaparkan di dalam buku ini menggunakan nama botani, famili, nama tempatan dan nama Inggeris. Gambar-gambar yang diambil dari pelbagai posisi pokok yang berlainan akan menolong pembaca mengenali bunga-bunga yang dimaksudkan dengan jelas.
Download File
Full text not available from this repository.
|
Additional Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Call Number: | SB302 M3B138 |
Divisions: | Putra Science Park |
Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
Keywords: | Aromatic plants; Flowers; Malaysia; Directories |
Depositing User: | Mohd Hafiz Che Mahasan |
Date Deposited: | 28 Sep 2015 04:35 |
Last Modified: | 01 Feb 2016 05:10 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39822 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |