UPM Institutional Repository

Prestasi dan perubahan kadar denyutan jantung serta asid laktik dalam kalangan atlit semasa perlawanan silat olahraga peringkat antarabangsa


Citation

Syed Shiekh, Syarifah Fathynah (2012) Prestasi dan perubahan kadar denyutan jantung serta asid laktik dalam kalangan atlit semasa perlawanan silat olahraga peringkat antarabangsa. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Analisis keperluan adalah langkah pertama dalam membentuk program latihan atlit. Terdapat sedikit kajian yang dilakukan ke atas silat olahraga dan kajian ini dilakukan untuk menyelidik keperluan fisiologikal dan fizikal dalam sukan ini. Seramai 13 atlit kebangsaan (10 lelaki dan 3 perempuan) dengan min umur 23.9 ± 2.4 tahun, berat badan 64.9 ±11.8kg dan tinggi 166.1 ± 7.6cm yang terlibat dalam kajian ini. Pengujian fisiologikal merangkumi analisis kadar denyutan jantung dan asid laktik dalam darah, manakala pengujian fizikal melibatkan pengiraan frekuensi pergerakan dan tempoh pergerakan aktif dan tidak aktif semasa pertandingan. Kadar denyutan jantung diukur secara berterusan menggunakan alat pemantau kadar denyutan jantung dan asid laktik dalam darah diukur dengan menganalisis darah yang diambil di hujung jari pada pra-perlawanan dan pascaperlawanan. Semua perlawanan direkod dan dianalisis ke dalam program Sportscode. Analisis statistik deskriptif dan inferensi dilakukan dengan menetapkan tahap signifikan pada p < 0.05. Jumlah frekuensi teknik sepanjang perlawanan adalah 42 ± 19 dan frekuensi teknik yang tertinggi adalah tendangan (48%). Tempoh pergerakan aktif dan tidak aktif adalah masing-masing 2.5s ± 0.3 dan 15.9s ± 3.2 dan ini menunjukkan nisbah tempoh pergerakan aktif dan tidak aktif adalah 1:6. Min kadar denyutan jantung sepanjang perlawanan adalah 89% daripada kadar denyutan jantung maksima,manakala akumulasi asid laktik dalam darah sebelum perlawanan adalah 3.2 ± 0.8 mmol/L dan selepas perlawanan adalah 12.2 ± 2.7 mmol/L. Terdapat peningkatan yang signifikan bagi kadar denyutan jantung dan asid laktik dalam darah dari sebelum hingga selepas perlawanan (p < .05). Jurulatih disyorkan memberi penekanan kepada latihan berbentuk jeda berintensiti tinggi dengan nisbah masa kerja-rehat 1:6. Memandangkan teknik tendangan merupakan teknik yang paling kerap digunakan, fokus terhadap teknik ini semasa latihan dapat mencapai hasil/objektif yang diingini daripada program latihan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2012 65R.pdf

Download (828kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Athletes - Physiological aspects
Subject: Martial arts - Health aspects
Subject: Self-defense - Ability testing
Call Number: FPP 2012 65
Chairman Supervisor: Kok Lian Yee, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 10 Aug 2015 03:18
Last Modified: 10 Aug 2015 03:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39740
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item