UPM Institutional Repository

Tahap pengurusan pelajar dan pengurusan masa dalam pengajaran amali fizik


Citation

Kamarudin, Nurzatulshima (2012) Tahap pengurusan pelajar dan pengurusan masa dalam pengajaran amali fizik. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, 7-9 Okt. 2012, The Zon Regency by the Sea, Johor Bahru. (pp. 1-11).

Abstract

Kaedah amali merupakan kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan, di mana satu situasi masalah akan diberi untuk diselesaikan. Kaedah amali melibatkan pelajar bagi menyelesaikan masalah yang diberi serta memerlukan pengurusan masa yang baik. Kertas kerja ini bertujuan enunjukkan persepsi pelajar terhadap tahap pengurusan pelajar dan pengurusan masa dalam pengajaran kaedah amali. Seramai enam orang guru Fizik dipilih melalui persampelan bertujuan dari sekolah menengah harian biasa di Zon Tengah, dengan tiga guru masing-masing adalah guru berpengalaman dan guru novis. Sebanyak 139 borang soal selidik telah dijawab oleh pelajar-pelajar guru terbabit. Borang soal selidik tertutup telah digunakan dalam kajian ini, manakala data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati tahap pengurusan pelajar dan pengurusan masa dalam pengajaran amali Fizik oleh semua guru adalah baik. Bagaimanapun, didapati tahap pengurusan guru novis adalah lebih baik dalam pengurusan pelajar manakala guru berpengalaman adalah lebih baik dalam mengurus masa amali. Hasil penganalisisan soal selidik telah menemukan beberapa aspek pengurusan pelajar dan pengurusan masa yang perlu ditekankan oleh semua guru Fizik. Sebagai rumusan kajian, beberapa cadangan cara pengurusan pelajar dan pengurusan masa dalam amali Fizik dikemukakan bagi memantapkan perlaksanaan kaedah amali oleh guru-guru Fizik khasnya dan guru-guru Sains amnya.


Download File

[img] PDF
39570.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (333kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: Practical methods; Physics teacher; Student management; Time management; Novice teachers; Experienced teachers
Depositing User: Azian Edawati Zakaria
Date Deposited: 23 Jul 2015 03:35
Last Modified: 07 May 2018 08:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39570
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item