UPM Institutional Repository

Pengurusan peralatan amali dalam pengajaran amali fizik


Citation

Kamarudin, Nurzatulshima (2012) Pengurusan peralatan amali dalam pengajaran amali fizik. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, 7-9 Okt. 2012, The Zon Regency by the Sea, Johor Bahru. (pp. 1-6).

Abstract

Kaedah amali melibatkan tiga teknik pengajaran iaitu: penerangan, kerja amali dan perbincangan; mampu menerapkan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni secara serentak. Penggunaan kaedah amali banyak berfokus kepada penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah yang diberi. Bagi tujuan penyelesaian masalah, peralatan yang sesuai akan digunakan seperti alat radas, bahan kimia, spesimen dan sebagainya. Kertas kerja ini bertujuan memaparkan hasil kajian terhadap guru Fizik yang mengendalikan kaedah amali. Fokus kajian adalah terhadap pengurusan peralatan amali sepanjang kelas amali dijalankan. Seramai lima orang guru Fizik dipilih melalui persampelan bertujuan dari sekolah menengah harian biasa di Zon Tengah. Instrumen pemerhatian dan soal selidik terbuka telah digunakan dalam kajian ini, manakala data yang diperolehi telah dianalisis secara manual berdasarkan tema yang bersesuaian dengan persoalan kajain. Hasil kajian mendapati semua guru Fizik telah menyediakan peralatan amali sebelum pelajar sampai ke makmal. Mereka juga telah menyediakan manual amali sebagai panduan kepada pelajar terutama mengenai peralatan & prosedur amali. Hasil penganalisisan soal selidik terbuka menunjukkan semua guru menyatakan kekurangan peralatan masih lagi berlaku untuk amali tertentu. Selain itu, mereka juga menekankan perlunya kehadiran pembantu makmal dalam membantu pengendalian kelas amali terutama dalam aspek pengurusan peralatan. Sebagai rumusan kajian, satu senarai cadangan pengurusan peralatan amali Fizik dikemukakan bagi memantapkan perlaksanaan kaedah amali oleh guru-guru Fizik khasnya dan guru-guru Sains amnya.


Download File

[img] PDF
39562.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (146kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: Practical methods; Physics teacher; Learning physics; Laboratory equipment
Depositing User: Azian Edawati Zakaria
Date Deposited: 23 Jul 2015 01:53
Last Modified: 07 May 2018 04:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39562
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item