UPM Institutional Repository

Kesan penyepaduan kaedah mnemonik terhadap pencapaian dan pengekalan ingatan dalam kalangan pelajar ekonomi rumah tangga di Negeri Selangor, Malaysia


Citation

Simarani, Widyawati (2014) Kesan penyepaduan kaedah mnemonik terhadap pencapaian dan pengekalan ingatan dalam kalangan pelajar ekonomi rumah tangga di Negeri Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Mengingat fakta pelajaran merupakan masalah pembelajaran yang sering melanda kebanyakan pelajar termasuk pelajar menengah atas yang mengambil mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Masalah mengingat fakta ini bukan sahaja mempengaruhi pencapaian pelajar juga tahap pengekalan ingatan mereka terhadap maklumat pelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengajaran kaedah mnemonik dan konvensional terhadap pencapaian dan pengekalan ingatan dalam kalangan 69 orang pelajar Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dari dua buah sekolah di negeri Selangor. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sikap pelajar terhadap kaedah pengajaran. Kajian ini dilaksanakan secara eksperimen kuas dan melibatkan pengukuran pencapaian sebelim dan selepas pengajarani. Seramai 36 pelajar mewakili kumpulan pengajaran kaedah mnemonik manakala 33 orang pelajar mewakili kumpulan kaedah konvensional. Data pencapaian dan pengekalan ingatan bagi kedua kumpulan dikumpul menggunakan Ujian Pra, Ujian Pasca dan Ujian Pengulangan. Instrumen soal selidik yang mengandungi 15 item berskala likert pula digunakan untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap pengajaran kaedah mnemonik. Kedua kumpulan kajian diberikan Ujian Pra sebelum pengajaran dan Ujian Pasca selepas pengajaran. Dua minggu selepas selesai pengajaran, pelajar diberikan Ujian Pengulangan. Data pencapaian pelajar dianalisis menggunakan ujian-t dan data sikap pelajar dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian dan pengekalan ingatan di antara kumpulan kaedah mnemonik dan konvensional. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar kumpulan kaedah mnemonik mempunyai sikap positif terhadap pengajaran kaedah mnemonik. Dengan itu, kajian ini mencadangkan agar kaedah mnemonik boleh digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga.


Download File

[img]
Preview
PDF
fpp 2014 9 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Mnemonics - High school students - Selangor
Subject: Home economics - Study and teaching
Call Number: FPP 2014 9
Chairman Supervisor: Rosini Binti Abu, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Hasimah Adam
Date Deposited: 16 Jan 2017 02:39
Last Modified: 16 Jan 2017 02:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39388
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item