UPM Institutional Repository

Peramal kejayaan kerjaya subjektif dalam kalangan guru pendidikan Islam di sekolah rendah, Kuala Selangor, Malaysia


Citation

Supa'ad, Mesnan (2014) Peramal kejayaan kerjaya subjektif dalam kalangan guru pendidikan Islam di sekolah rendah, Kuala Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyokong kejayaan kerjaya subjektif guru pendidikan Islam di daerah Kuala Selangor. Berdasarkan Model Lanjutan Teori Sosial Kognitif Kerjaya dan tinjauan kajian-kajian lepas, kajian ini meramalkan bahawa faktor individu (ciri-ciri personaliti) serta faktor efikasi kendiri (perancangan kerjaya) dan faktor tingkahlaku proaktif (strategi kerjaya) menyokong kejayaan kerjaya subjektif guru pendidikan Islam. Kajian deskriptif-korelasi ini melibatkan 163 guru pendidikan Islam yang telah berkhidmat 6 tahun dan ke atas. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah tinggal dan kutip oleh penyelidik. Analisis deskriptif mendapati tahap pembolehubah kejayaan kerjaya subjektif guru pendidikan Islam adalah sederhana. Hasil kajian menunjukkan tahap pembolehubah perancangan kerjaya, ciri teliti dan ciri kerjasama guru pendidikan Islam adalah tinggi. Tahap ciri komited, ciri penyesuaian dan gangguan emosi adalah sederhana. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pembolehubah perancangan kerjaya, strategi kerjaya, ciri komited, ciri kesungguhan, ciri penyesuaian dan ciri kerjasama dengan kejayaan kerjaya subjektif guru pendidikan Islam. Analisis regresi pelbagai menunjukkan kejayaan kerjaya subjektif guru pendidikan Islam dipengaruhi oleh pembolehubah perancangan kerjaya, ciri komited dan ciri kesungguhan. Maka, kajian ini membuktikan perancangan kerjaya, ketrampilan dan ketelitian adalah faktor peramal kepada kejayaan kerjaya subjektif terhadap guru pendidikan Islam. Dapatan kajian ini membuktikan faktor peramal kejayaan kerjaya subjektif telah mempengaruhi peningkatan komitmen, daya saing perkhidmatan dan prospek masa depan kerjaya guru pendidikan Islam. Kajian ini telah menjelaskan rangka kerja untuk memahami senario kejayaan kerjaya subjektif guru-guru pendidikan Islam. Hasil kajian telah memberi sumbangan teori dan praktis dalam pembangunan sumber manusia di peringkat sekolah rendah. Ia juga membantu penyelidik dan pengamal pembangunan sumber manusia di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memahami isu-isu perancangan dan strategi pembangunan kerjaya terhadap pembangunan perkembangan dan masa depan kerjaya guru pendidikan Islam.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2014 3 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Middle school teachers - Selangor
Subject: Career development - Middle school teachers
Call Number: FPP 2014 3
Chairman Supervisor: Nor Wahiza Binti Abdul Wahat, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Hasimah Adam
Date Deposited: 16 Jan 2017 01:53
Last Modified: 16 Jan 2017 01:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39383
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item