UPM Institutional Repository

Pembinaan Indeks Kualiti Air Tanah Untuk Kawasan Tapak Pelupusan Terbuka Sisa Pepejal : Satu Kajian Kes Di Teluk Kitang, Pantai Sabak, Kelantan


Citation

Mohamad Kasim, Mohamad Roslan (2005) Pembinaan Indeks Kualiti Air Tanah Untuk Kawasan Tapak Pelupusan Terbuka Sisa Pepejal : Satu Kajian Kes Di Teluk Kitang, Pantai Sabak, Kelantan. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Masalah pelupusan sisa pepejal merupakan salah satu daripada bucu poligon permasalahan utama dalam pengurusan prasarana sesuatu kawasan.. Tapak pelupusan, terutamanya tapak pelupusan sanitari merupakan antara jalan terbaik untuk pelupusan sisa pepejal. Akan tetapi masalah kekurangan tanah dan mendapatkan tapak yang sesuai sebagai pengganti menyebabkan masalah pelupusan kembali berulang sebaik sahaja tapak pelupusan yang sedia ada telah mencecah aras optimum dan terpaksa ditutup. Ternyata, jalan penyelesaian sebegini hanyalah penyelesaian jangka pendek. Aktiviti tapak pelupusan jenis terbuka berkeupayaan mencemarkan air tanah pada tahap yang serius. Air tanah dapat diterangkan sebagai air yang menyerap ke lapisan tanah yang datangnya daripada aliran air dari permukaan. Tahap kualiti air tanah semestinya terus dipastikan agar terus tinggi secara berterusan kerana air ini penting sebagai sumber bekalan air bersih terutamanya di kawasan yang kurang mendapat bekalan air terawat. Gangguan terhadap kualitinya akan menjejaskan masyarakat yang menjadikannya sebagai sumber bekalan air bersih itu. Penyelidikan ini dijalankan di kawasan sistem tapak pelupusan perbandaran terbuka untuk melihat tahap pencemaran air tanah yang telah berlaku di kawasan berkenaan seterusnya mengesan bahan pencemar utama yang berperanan besar mencemarinya. Di samping itu, penyelidikan ini juga akan cuba membina suatu petunjuk iaitu indeks kualiti air tanah yang sesuai untuk kawasan tapak pelupusan perbandaran terbuka sebagai petunjuk atau rujukan bagi menilai tahap kualiti air tanah bagi tapak pelupusan perbandaran terbuka di kawasan pesisiran pantai yang lain. Lokasi tapak pelupusan yang dipilih ialah tapak pelupusan Sabak di Kelantan yang terletak berhampiran dengan Laut China Selatan. Sebanyak 32 pembolehubah penentu kualiti air diambilkira yang meliputi ciri fizikal, bahan logam, bahan bukan logam inorganik dan juga bahan organik agregat. Analisis statistik telah dijalankan untuk menjayakan penyelidikan ini dengan analisis komponen utama sebagai analisis induk. Ini bertujuan untuk menyaring pembolehubah penentu-pembolehubah penentu kualiti air yang kurang utama dan dengan itu tumpuan boleh diberikan kepada pembolehubah penentu kualiti air yang utama. Selanjutnya, pembolehubah penentu- kualiti air yang utama ini akan dijadikan asas bagi pembentukan Indeks Kualiti Air Tanah seperti yang telah dinyatakan. Hasil analisis mendapati secara keseluruhan, terdapat tujuh pembolehubah penentu kualiti air yang utama mengikut jenis pembolehubah iaitu konduktiviti elektrik, jumlah pepejal terlarut dan saliniti bagi keadaan fizikal, nitrat dan nitrit bagi bahan inorganik bukan logam, keperluan oksigen secara kimia untuk penunjuk agregat dan besi bagi bahan logam menandakan punca pencemaran air tanah di kawasan berkenaan adalah terdiri daripada bahan-bahan tersebut. Justeru itu, beberapa tindakan yang bersesuaian boleh dijalankan untuk mengawal kehadiran bahan-bahan ini dalam air tanah seterusnya memulihkan keadaan kualiti air tanah di kawasan berkenaan. Secara tidak langsung, maklumat daripada Indeks Kualiti Air Tanah ini juga boleh digunakan sebagai rujukan kepada kawasan-kawasan tapak pelupusan perbandaran terbuka di pesisiran pantai yang lain.


Download File

[img]
Preview
PDF
549756_fpas_2005_3_abstrak_je__dh_pdf_.pdf

Download (120kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Soil - Water quality - kelantan - Measurement - Case studies
Call Number: FPAS 2005 3
Chairman Supervisor: Associate Professor Mohd Kamil bin Yusoff, PhD
Divisions: Faculty of Environmental Studies
Depositing User: Yusfauhannum Mohd Yunus
Date Deposited: 09 Oct 2008 19:42
Last Modified: 27 May 2013 06:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/393
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item