UPM Institutional Repository

Pengaruh kefahaman, persepsi dan penglibatan belia dalam gagasan 1Malaysia terhadap hubungan etnik


Citation

Mohd Isa, Nur Ayuni (2013) Pengaruh kefahaman, persepsi dan penglibatan belia dalam gagasan 1Malaysia terhadap hubungan etnik. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Gagasan 1Malaysia (G1M) merupakan satu idea bagi meningkat tahap hubungan etnik bagi mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Namun, setelah pihak kerajaan memperkenalkan G1M, timbul pelbagai reaksi daripada masyarakat dari segi kefahaman terhadap inti patinya menyebabkan timbul pelbagai persepsi yang berbeza terhadap G1M. Banyak program bersempena G1M telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mempromosikan gagasan ini, namun sejauh mana penglibatan masyarakat terhadap program-program yang dianjurkan dan keberkesanan G1M dalam memupuk perpaduan di antara mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman, persepsi dan penglibatan belia terhadap G1M dan perkaitannya terhadap hubungan etnik dalam kalangan belia. Persampelan dalam kajian ini terdiri daripada 1000 orang responden iaitu golongan belia yang berumur 18-40 tahun. Kajian inidilaksanakan di beberapa buah negeri iaitu Zon Utara iaitu Perlis, Kedah dan Penang; Zon Tengah iaitu, Perak dan Selangor; Zon Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta Zon Selatan iaitu Melaka dan Johor. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, kefahaman belia terhadap G1M berada pada tahap sederhana. Manakala majoriti responden dari etnik Melayu dan India mempunyai persepsi positif terhadap G1M berbanding etnik Cina di tahap sederhana. Secara keseluruhannya penglibatan belia terhadap program-program G1M yang dianjurkan oleh kerajaan adalah rendah. Majoriti etnik Melayu dan Cina mempunyai tahap hubungan yang sederhana dengan kelompok etnik yang lain, manakala bagi etnik India pula mempunyai tahap hubungan yang tinggi. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman mempunyai perkaitan dengan hubungan etnik manakala persepsi dan penglibatan responden terhadap G1M pula tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan hubungan etnik. Ini menunjukkan tahap kefahaman mengenai G1M memainkan peranan bagi memperkukuhkan hubungan antara etnik.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2013 12 IR.pdf

Download (865kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: National socialism and youth
Subject: Ethnic relations - Malaysia
Call Number: FEM 2013 12
Chairman Supervisor: Ahmad Tarmizi Talib, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Hasimah Adam
Date Deposited: 18 Apr 2016 09:10
Last Modified: 18 Apr 2016 09:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39234
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item