Citation
Bakar, Muhammad Hafiz
(2012)
Terjemahan kata kerja berpreposisi Arab-Melayu dalam kitab mustika hadis Rasulullah S.A.W.
PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini mengkaji terjemahan kolokasi Arab-Melayu terhadap hadis-hadis yang terkandung dalam kitab Mustika Hadis Rasulullah S.A.W. Terjemahan kolokasi yang
difokuskan ialah kata kerja (kk) yang berpadanan dengan kata sendi (ks) Arab berdasarkan kerangka kajian yang telah dilakukan oleh Hassan Ghazala dalam Maqalat fi al-Tarjamah wa al-Uslubiyyah. Berdasarkan objektif kajian yang dihasilkan dalam dapatan kajian, sememangnya terdapat kolokasi kk yang berpadanan dengan ks Arab dalam teks hadis yang terkandung dalam mukaddimah dan jilid satu kitab Mustika Hadis S.A.W, iaitu sebanyak 112 teks hadis mempunyai kolokasi kk yang berpadanan dengan ks Arab daripada 185 teks hadis yang dikaji. Daripada 112 teks hadis ini, kajian mendapati kolokasi padanan kk telah berpadanan dengan tujuh ks Arab, iaituِ ، ف يِ، عِ نِ، عِلِ ى
مِ نِ، ،ِإِ لِ ى، بِ،ِ dan لِ yang dapat diklasifikasikan kepada empat bahagian, pertama, kk yang berpadanan dengan satu ks Arab, kedua, kk yang berpadanan dengan dua ks Arab, ketiga, kk yang berpadanan dengan tiga ks Arab, dan keempat, kk yang berpadanan dengan empat ks Arab. Berdasarkan kolokasi kk yang berpadanan dengan ks Arab ini yang dikaji dari aspek terjemahan ke bahasa Melayu menggunakan teori terjemahan semantik dan komunikatif, kajian mendapati lapan keadaan terjemahan makna telah ditemui yang meliputi pengekalan makna, perubahan makna, dan pengguguran makna.
Kajian ini juga mendapati peratus keseluruhan bagi nilaian tepat dan hampir tepat bagi kolokasi kk yang berpadanan dengan ks Arab dari segi terjemahan teks hadis dan
berdasarkan makna yang terdapat dalam Kamus Besar Arab Melayu Dewan (KBAMD) adalah sebanyak 179 bersamaan 83.64% berbanding dengan peratus nilaian ketidaktepatan antara terjemahan teks hadis dengan makna yang terdapat dalam
KBAMD adalah sebanyak 35 bersamaan 16.35%. Keputusan ini menunjukkan bahawa Kitab Mustika Hadis Rasulullah S.A.W yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dapat diterima dan difahami maknanya dan menampakkan KBAMD merupakan kamus
yang berwibawa untuk menterjemahkan bahasa Arab ke bahasa Melayu.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |