UPM Institutional Repository

Isu air dan impaknya terhadap hubungan dua hala Malaysia-Singapura


Citation

Che Ismail, Rizani (2012) Isu air dan impaknya terhadap hubungan dua hala Malaysia-Singapura. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini mengkaji isu air yang memberi kesan kepada hubungan dua hala antara Malaysia dengan Singapura. Tujuannya ialah untuk menganalisis faktor yang mencetuskan pertikaian isu air di antara kedua-dua negara dan menilai impaknya ke atas hubungan dua hala antara Malaysia dengan Singapura. Kajian ini menggunakan sumber kepustakaan yang dikutip dari buku, jurnal, akhbar dan hasil kajian sarjana lepas. Bagi memandu tesis ini, kerangka konsepsual konflik digunakan dan diuji pada kes kajian bermula dari tempoh Perjanjian Perbekalan Air 1927 hingga sekarang ini. Andaian utama kajian ini ialah isu air merupakan faktor yang mencetuskan konflik berterusan antara Malaysia dengan Singapura. Kajian ini mendapati dua faktor yang menyebabkan membaranya hubungan Malaysia dengan Singapura. Pertama, berlakunya konflik isu air adalah disebabkan oleh pemahaman yang berbeza mengenai syarat semakan semula harga air selepas tempoh 25 tahun. Malaysia mendakwa ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas 25 tahun, tetapi Singapura menyatakan semakan tersebut hanya boleh dipinda setelah perjanjian itu menginjak usia 25 tahun sekali. Kedua, terdapat enam faktor tambahan yang berkait dengan isu air ini. Keenam-enam faktor tersebut ialah: (i) kegagalan kedua-dua negara untuk menentukan formula harga air, (ii) penentuan kuantiti dan jenis air, (iii) tempoh membuat semakan harga air bagi perjanjian baru (jangka masa), (iv) faktor pakej sebagai alat tawar menawar, (v) faktor pemimpin, dan (vi) faktor media. Impak yang dikenal pasti akibat dari faktor di atas ialah wujudnya hubungan yang kurang mesra dalam hubungan dua hala Malaysia-Singapura, wujudnya perang media dan pertarungan maruah, berlakunya pemansuhan perundingan isu-isu dua hala secara berpakej, bangkitnya ketegangan nasionalisme di kedua-dua negara, berlakunya persaingan ketenteraan secara senyap, dan wujudnya dasar pengurangan pergantungan air Singapura dari Malaysia. Dapatan kajian ini menyumbang kepada khazanah ilmu politik dari satu aspek iaitu hubungan dua hala antara negara bukan hanya disebabkan oleh masalah politik peringkat tinggi (high politics) seperti isu sempadan, isu minyak dan isu persaingan persenjataan, tetapi juga dapat dicetuskan oleh politik peringkat rendah (low politics) seperti isu air. Ini kerana isu air menyangkut keperluan hidup orang ramai, terutamanya bagi rakyat Singapura.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2012 32 IR.pdf

Download (991kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Water-supply - Malaysia
Subject: Water-supply - Singapore
Subject: International relations
Call Number: FEM 2012 32
Chairman Supervisor: Prof. Madya Zaid Bin Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Hasimah Adam
Date Deposited: 25 May 2015 06:39
Last Modified: 25 May 2015 06:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38767
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item