Citation
Hashim, Nasihah
(2004)
Penggunaan Aplikasi Komputer Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini adalah satu tinjauan tentang penggunaan perisian aplikasi komputer dalam
pembelajaran Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM). Penyelidikan ini
bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis aplikasi komputer, kekerapan penggunaan
perisian aplikasi komputer, persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian aplikasi
komputer, DAN membandingkan prestasi antara pelajar major dengan pelajar minor
dalam pembelajaran Bahasa Melayu di UPM. Sarnpel kajian adalah pelajar kursus BBM
34 10 Bahasa dalam Multimedia. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan set
soal selidik dan markat akhir pelajar. Penganalisisan data kajian dijalankan
menggunakan pakej SPSS 10.0 for Windows dengan kaedah statistik kekerapan, peratusan
dan ujian-t. Ujian Korelasi Pearson pula digunakan sebagai prosedur kesahan dan
kebolehpercayaan alat kajian.
Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat empat perisian aplikasi komputer yang
dominan digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu di UPM, iaitu perisian pemprosesan perkataan, internet, e-mail, dan perisian persembahan multimedia.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan bagi setiap perisian aplikasi yang
dikaji, lebih tinggi kekerapannya terhadap peringkat ciri asas kegunaan sahaja. Manakala
bagi tiga aspek persepsi yang dikaji, iaitu aspek minat dan kesediaan, keberkesanan serta
kesesuaian penggunaan perisian aplikasi komputer dalam pembelajaran Bahasa Melayu
menunjukkan persepsi yang positif daripada pelajar. Hasil analisis Ujian-t pula,
memperlihatkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar major dengan
pelajar minor dalam prestasi pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan perisian
aplikasi komputer. Berdasarkan hasil kajian tersebut, penyelidik telah mengajukan
beberapa cadangan bagi meningkatkan penggunaan perisian aplikasi komputer,
khususnya dalam pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat pengajian tinggi bagi
merealisasikan misi dan visi kerajaan dalam bidang teknologi maklumat.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |