Citation
Ab Aziz, Sidek and Ahmad, Mohd Shafree and Meseran, Hamidah and Mardan, Makhdzir
(2000)
Pembangunan awal e-SPRINT: sistem pengurusan rangkaian integrasi notakuliah talian terus.
In: Towards Digital University Conference , 16-17 May 2000, UPM, Serdang, Selangor. .
(Unpublished)
Abstract
Satu sistem pengurusan notakuliah dalam ruang siber telah dibangunkan dengan tujuan menyediakan satu platform formal kepada pihak pensyarah menguruskan kegiatan akademik seperti menyalurkan nota-nota kuliah, tugasan serta tutorial bagi kursus-kursus yang ditawarkan pada pelajar di kampus. Inovasi pintar sistem e-pengajaran ini dibangunkan menerusi proses pengintegrasian bahasa PERL, HTML dan JavaScript berteraskan aplikasi rangkaian Internet menggunakan kaedah CGI. Sistem yang dibangunkan menggunakan bahasa Melayu mudah untuk diselenggarakan oleh pensyarah dan mudah digunakan oleh para pelajar. Pelajar digalakkan berkomunikasi menerusi modul forum dan mendapatkan maklumat terkini mengenai kursus di modul info kursus.
Projek yang disokong oleh program penyelidikan jangka pendek UPM telah berjaya menghasilkan satu prototaip awal yang kini sedang diuji-guna oleh pensyarah-penyarah di Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar UPM. Maklum balas awal menunjukkan sistem e-SPRINT mudah diselenggarakan oleh pensyarah yang hanya memerlukan sedikit pengetahuan bahasa HTML. Penggunaan fail-fail format PDF dalam penyediaan notakuliah, tugasan dan tutorial memantapkan dan mempermudahkan lagi pihak pensyarah. Ciri keselamatan setiap bahan kursus dalam suatu direktori dapat dikawal menggunakan aplikasi .htpasswd yang telah disertakan dalam pelayan WWW. Ciri-ciri tambahan seperti analisa penggunaan sistem oleh pelajar, medan komunikasi antara pelajar, akan turut disertakan dalam pembanguan fasa kedua e-SPRINT.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |