UPM Institutional Repository

UPM Rai Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Antarabangsa


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Rai Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Antarabangsa. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 12 Ogos – Pusat Antarabangsa Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pelajar mobiliti antarabangsa sempena menyambut bulan Ramadan pada tahun ini. Pelajar antarabangsa yang terlibat dalam program mobiliti bersama UPM terdiri dari beberapa buah negara seperti United Kingdom, Perancis, Indonesia, Korea, Thailand, Japan dan Hong Kong. Program mobiliti itu terbahagi kepada dua iaitu pengajian jangka pendek selama seminggu atau dua minggu dan pengajian jangka panjang selama satu semester atau lebih bergantung kepada pengajian yang diambil. Majlis yang diadakan di Dewan Sri Harmoni Kolej Kelima UPM itu dihadiri Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Syed Alwee Shekh Al Sagoff, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Pengarah Pusat Antarabangsa UPM, Dr. Zelina Zaiton Ibrahim dan Pengetua Kolej Kelima UPM, Tuan Syed Agi Al Sagoff. Georgina Maltby pelajar dari University of East Anglia, United Kingdom kagum dengan masyarakat Muslim yang cekal dan tabah dalam menahan diri untuk makan dan minum di bulan Ramadan.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Rai_Majlis_Berbuka_Puasa_Bersama_Pelajar_Antarabangsa.pdf

Download (138kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Nasirah Abu Samah
Date Deposited: 01 Dec 2009 08:04
Last Modified: 27 May 2013 07:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/3787
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item