UPM Institutional Repository

Faktor pendorong pencarian maklumat kanser serviks menerusi komunikasi interpersonal


Citation

Soo, Shey San and Ahmad, Abdul Mua'ti @ Zamri and Hassan, Hamisah and Shamshudeen, Rosya Izyanie (2014) Faktor pendorong pencarian maklumat kanser serviks menerusi komunikasi interpersonal. Global Media Journal - Malaysian Edition, 4 (1). pp. 53-68. ISSN 2231-9948

Abstract

Komunikasi interpersonal memainkan peranan yang penting dalam persepsi individu mengenai masalah kesihatan yang mungkin dialami kesan daripada pendedahan kepada media massa. Model Interaktif Perilaku Fishbein dan Cappella (2006) menyatakan bahawa keperluan untuk mengenal pasti faktor pendorong yang mendasari kesediaan individu untuk bertindak sama ada melakukan atau tidak melakukan perilaku tertentu. Oleh itu, persoalan yang timbul adalah apakah faktor yang mendorong wanita untuk mencari maklumat kanser serviks menerusi komunikasi interpersonal? Artikel konseptual ini hanya memberi tumpuan kepada perbincangan pencarian maklumat mengenai kanser serviks menerusi komunikasi interpersonal sahaja. Faktor-faktor yang mendorong pencarian maklumat kanser serviks meliputi demografi, pengaruh psikologi, pengalaman langsung dan tahap keperluan terhadap maklumat. Seterusnya, artikel ini dapat memberikan manfaat kepada pihak perancangan dan pelaksanaan kempen pencegahan penyakit dan promosi kesihatan yang memainkan peranan penting dalam melancarkan kempen komunikasi kesihatan terutamanya mengenai kanser serviks.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Faktor pendorong pencarian maklumat kanser serviks menerusi komunikasi interpersonal.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Faculty of Modern Languages and Communication, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Information searching; Interpersonal communication; Cervical cancer; Demography; Psychology effects; Experience
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 18 Dec 2015 02:23
Last Modified: 18 Dec 2015 02:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/37648
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item