UPM Institutional Repository

"Alamak! Macamana nak cakap ni?": penggunaan strategi tampungan dalam komunikasi lisan bahasa Arab


Citation

Mohd Hashim, Mohd Hilmi and Ismail, Muhd Zulkifli and Mustapha, Nik Farhan (2014) "Alamak! Macamana nak cakap ni?": penggunaan strategi tampungan dalam komunikasi lisan bahasa Arab. Global Media Journal-Malaysian Edition, 4 (1). pp. 152-168. ISSN 2231-9948

Abstract

Komunikasi lisan yang juga dikenali sebagai bertutur atau berbual merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar untuk berkomunikasi dengan baik dalam sesuatu bahasa, termasuk bahasa Arab. Walau bagaimanapun, kajian di Malaysia mendapati para pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Arab masih lemah dalam penguasaan komunikasi lisan bahasa ini. Dalam hal ini, para sarjana bahasa berpendapat apabila seseorang menghadapi masalah dalam berkomunikasi, seseorang itu akan menggunakan strategi tampungan untuk mengatasi keterbatasan ini. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi tampungan yang digunakan oleh pelajar university di Malaysia ketika berkomunikasi lisan menggunakan bahasa Arab. Kajian kualitatif ini melibatkan tujuh orang responden yang dipilih secara bertujuan. Data yang diperoleh melalui kaedah temu bual, kemudiannya dianalisis mengikut lapan jenis strategi tampungan; iaitu beralih kepada bahasa ibunda, mendapatkan bantuan, menggunakan gerak bibir dan bahasa badan, mengelakkan komunikasi sama ada sebahagiannya atau secara keseluruhan, memilih topik, menyesuaikan maklumat, mencipta perkataan baharu, dan juga menggunakan sinonim atau huraian. Hasil kajian mendapati responden mengaplikasi kesemua jenis strategi tampungan tersebut, kecuali strategi mencipta perkataan baharu. Tujuan penggunaan strategi ini pula adalah lebih kepada tujuan untuk mengatasi keterbatasan dari aspek kosa kata Arab yang dikuasai. Selain itu, rakan perbualan yang berbeza bangsa turut mempengaruhi penggunaan jenis strategi ini, apabila mereka akan beralih kepada bahasa Melayu ketika berkomunikasi lisan dengan orang Melayu dan beralih kepada bahasa Inggeris apabila berhadapan dengan penutur jati bahasa Arab. Namun, di sebalik pelbagai kekangan yang dihadapi, mereka tetap berusaha untuk berkomunikasi lisan dalam bahasa Arab.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Alamak.pdf

Download (84kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://www.gmj-me.upm.edu.my/?pg=current.php

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Department of Communication, Faculty of Modern Languages and Communication, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Language learning strategy; Arabic verbal communication; Speak
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 15 Jun 2015 12:25
Last Modified: 06 Oct 2015 04:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/36353
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item