Citation
Suhid, Asmawati and Mohd Fakhruddin, Fathiyah and Ahmad, Abdul Muhsin
(2017)
Peringkat perkembangan akhlak manusia menurut al-Quran.
Jurnal AL-ANWAR, 4 (2).
pp. 61-74.
ISSN 0128-0279
Abstract
Al-Quran sebagai sumber utama dalam Islam yang diturunkan kepada nabi Muhaamad SAW merupakan asas dan sumber pengkajian pelbagai ilmu yang lengkap dan syumul. Ilmu yang terkandung di dalam al-Quran meliputi segala aspek keperluan dan kehidupan manusia serta menjangkau keluasan ilmunya sejak penurunan al-Quran sehingga ke akhir zaman. Malah, begitu banyak ilmu-ilmu yang telah dan baru ditemui oleh manusia telah dibuktikan oleh al-Quran akan kebenarannya. Hakikatnya, selagi manusia mengkaji ilmu Allah SWT di dalam al-Quran, pasti akan mendapat kebenarannya dan ilmu Allah tidak akan berkurangan sedikitpun.Untuk tujuan kertas kerja ini, penulis akan mengetengahkan ilmu al-Quran berkaitan peringkat perkembangan akhlak manusia. Penulis turut mengutarakan kajian dan pendapat tokoh-tokoh terbilang Islam yang bersandarkan kepada dalil-dalil al-Quran berkaitan dengan hal ini. Seterusnya, penulis turut memperlihatkan implikasi pengetahuan ini secara prinsip dalam amalan pendidikan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |