UPM Institutional Repository

Tingkah laku, emosi, dan kognitif murid sebagai faktor peramal pencapaian akademik


Citation

Yusuf, Nor Yuzie and Abu, Rosini and Md Yunus, Aida Suraya (2014) Tingkah laku, emosi, dan kognitif murid sebagai faktor peramal pencapaian akademik. Journal of Human Capital Development, 7 (1). pp. 1-19. ISSN 1985-7012

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tiga dimensi penglibatan iaitu tingkah laku, emosi dan kognitif yang boleh menjadi peramal terbaik bagi pencapaian murid dalam bidang katering. Disamping itu kajian juga bertujuan mengkaji hubungan antara penglibatan dengan pencapaian. Penglibatan dikaitkan dengan aktiviti murid di bilik darjah atau semasa amali merangkumi tingkah laku, emosi dan kognitif. Kajian berbentuk deskriptif kuantitatif ini melibatkan 119 orang murid katering di tujuh buah sekolah menengah akademik harian di negeri Melaka yang dipilih menggunakan teknik persampelan berkelompok. Kajian menggunakan satu instrumen iaitu penglibatan murid untuk mengukur penglibatan murid di dalam bilik darjah atau semasa amali. Nilai kebolehpercayaan yang dilaporkan bagi penglibatan murid ialah .941. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan dan sederhana antara penglibatan dengan pencapaian murid dalam bidang katering. Manakala dapatan kajian mendapati terdapat hubungan signifikan dan sederhana antara penglibatan emosi dan kognitif dengan pencapaian murid. Juga terdapat hubungan signifikan dan rendah antara penglibatan tingkah laku dengan pencapaian murid. Dapatan kajian juga mendapati dimensi penglibatan kognitif merupakan peramal utama kepada pencapaian murid berbanding dengan tingkah laku dan emosi.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Centre for Languages and Human Development, Universiti Teknikal Malaysia
Keywords: Engagement; Student; Achievement; Catering
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 10 Feb 2016 08:51
Last Modified: 10 Feb 2016 08:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35856
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item