UPM Institutional Repository

Penggunaan strategi ketidaksantunan dalam kalangan remaja di sekolah


Citation

Zainon Hamzah, Zaitul Azma and Mat Hassan, Ahmad Fuad (2012) Penggunaan strategi ketidaksantunan dalam kalangan remaja di sekolah. Jurnal Linguistik, 16. pp. 62-74. ISSN 1823-9242

Abstract

Institusi sekolah tidak terkecuali daripada persoalan ketidaksantunan berbahasa, terutama dalam kalangan remaja sekolah. Justeru makalah ini akan membincangkan penggunaan strategi ketidaksantunan dalam kalangan remaja sekolah untuk tujuan mengancam dan menyerang muka remaja lain. Sebanyak 978 orang remaja sekolah menengah dijadikan sampel menggunakan tiga teknik persampelan, iaitu teknik persampelan variasi maksimum, persampelan snowball dan persampelan mengikut peluang. Pengumpulan data dilakukan menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual. Data yang dikumpul dianalisis berlandaskan teori ketidaksantunan Culpeper (1996). Dapatan kajian mendapati remaja sekolah menggunakan strategi ketidaksantunan secara langsung untuk tujuan mentertawa dan memperlekeh, mengejek serta menghina remaja lain. Penggunaan strategi ketidaksantunan positif pula digunakan oleh remaja ketika mereka memaki/mencaci, menghina, mengejek, dan mengusir remaja lain. Strategi ketidaksantunan negatif' pula digunakan oleh remaja untuk tujuan merosak air muka remaja lain. Seterusnya penggunaan sarkarme atau sindiran digunakan remaja ketika mereka mengusir, menghina, dan mengejek rakan mereka, dan penggunaan strategi menahan kesantunan digunakan remaja apabila mereka mentertawa dan memperlekehkan remaja lain. Kesimpulannya, penggunaan strategi ketidaksantunan dalam kalangan remaja secara tidak langsung menonjolkan bahawa amalan kesantunan berbahasa telah tidak dipraktikkan dengan sepenuhnya oleh remaja di sekolah. Oleh yang demikian, guru sebagai orang yang paling rapat dengan kehidupan remaja ketika di sekolah perlu menjalankan tanggungjawab sebagai model masyarakat dalam memupuk nilai sopan santun dalam kalangan para remaja. Tanggungjawab guru perlu disokong oleh badan pengawas, pentadbir sekolah, PIBG, dan ahli masyarakat agar dapat meningkatkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat di samping memelihara nilai-nilai santun dan norma masyarakat.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penggunaan strategi ketidaksantunan dalam kalangan remaja di sekolah.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=1506

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Teenagers; Impoliteness strategies; Culper impoliteness theory (1996)
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:02
Last Modified: 13 Aug 2018 02:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35732
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item