Citation
Mohd Sa'ad, Muhammad Luqman Ibnul Hakim and Zainon Hamzah, Zaitul Azma and Zakaria, Muhamad Zaidi and Mohamed, Mohd Sollah
(2015)
Fenomena antara idiom dan kolokasi: satu analisis terjemahan struktur dan makna.
Jurnal Linguistik, 19 (2).
pp. 10-23.
ISSN 1823-9242
Abstract
Garisan di antara idiom dan kolokasi selalunya tidak jelas dan menyebabkan sebilangan linguis mengemukakan justifikasi tersendiri untuk membezakan klasifikasinya secara linguistik. Kajian kualitatif ini bertujuan membincangkan persamaan dan perbezaan antara struktur dan makna idiom - kolokasi berdasarkan Ghazala (2004). Dua buah kamus bahasa Arab iaitu: التعبير معجم المعاصرة العربية في االصطالحي) Kamus Idiom Bahasa Arab Terkini) dan العربية للمتصاحبات الحافظ معجم) Kamus Kolokasi Arab Hafiz) digunakan sebagai panduan dan rujukan. Perbincangan kajian merungkai bahawa idiom merupakan ungkapan yang tidak boleh difahami maksudnya secara literal disebabkan pembentukannya mendokong makna khusus, manakala kolokasi merupakan item leksikal yang lazim antara perkataan. Kajian ini merumuskan bahawa (idiom dan kolokasi) menurut pandangan Ghazala terbahagi kepada dua isu utama iaitu makna dan struktur. Berdasarkan analisis, persamaan utama di antara keduanya adalah pembentukan pola struktur iaitu KN+KN (adjektif), KN+KN (frasa idafah), KK+KS+KN (الجملة وشبه الفعلي المركب ,(KK+KN (frasa kerja), KN+KS+KN (االسمي المركب), dan KS+KN+KN (العباري المركب). Manakala perbezaannya ialah had jangkauan pembentukan semantik (Lihat 7.0 dan 7.1). Justeru, perbahasan yang dijalankan membolehkan penterjemah dan pelajar bahasa memahami dengan lebih mendalam mengenai teori dan aplikasi idiom-kolokasi bahasa Arab-Melayu. Pengklasifikasian struktur dan makna idiom-kolokasi di dalam kajian ini diharap berupaya menjadikannya asas kepada para pelajar untuk lebih mendekati bahasa dan budaya Arab secara umum, dan melibatkan diri dalam aspek terjemahan Arab-Melayu secara khusus.
Download File
Preview |
|
Text (Abstrak)
Fenomena antara idiom dan kolokasi satu analisis terjemahan struktur dan makna.pdf
Download (1MB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |