UPM Institutional Repository

Penggunaan implikatur sebagai medium penjelasan akidah


Citation

Raja Mohamad, Raja Shaharudin and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2015) Penggunaan implikatur sebagai medium penjelasan akidah. Jurnal Linguistik, 19 (2). pp. 1-9. ISSN 1823-9242

Abstract

Implikatur ditakrifkan sebagai suatu bentuk pentafsiran makna yang melangkaui makna tersurat dalam sesebuah ayat. Penggunaan implikatur dalam komunikasi bertujuan untuk melahirkan hasrat hati penutur kepada pendengar yang diujarkan dalam bentuk yang berbeza dari makna sebenar. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan penggunaan implikatur sebagai medium penjelasan akidah dalam ceramah agama dan menerimanya sebagai pegangan dalam hidup. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis teks dan pemerhatian di lapangan. Data yang diperoleh daripada beberapa siri ceramah agama oleh pendakwah bebas di beberapa lokasi kajian dianalisis menggunakan teori Grice (1975) dan teori Relevan (Sperber & Wilson, 1986, 1995). Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan implikatur sebagai medium penjelasan akidah dalam ceramah agama adalah sangat berkesan. Hal ini kerana dalam menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami khususnya berkaitan dengan akidah memerlukan penjelasan secara mendalam dan terperinci. Kajian ini juga mendapati penggunaan implikatur boleh memberi kesan mendalam terhadap kepercayaan kepada Allah, iaitu audiens dapat memahami perkara abstrak yang disampaikan oleh penceramah. Kesimpulannya, penggunaan implikatur sebagai medium penjelasan akidah dapat memberi kefahaman optima kepada audiens seterusnya dapat melaksanakan kewajipan kepada Allah dengan ikhlas.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penggunaan implikatur sebagai medium penjelasan akidah.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jurnal.plm.org.my/?page_id=141

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Pragmatics; Implicatures; Talks religion; Faith
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:02
Last Modified: 13 Aug 2018 02:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35650
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item