UPM Institutional Repository

Perbandingan antara korpus nama ikan asal dengan korpus nama ikan yang distandardkan


Citation

Rifin, Muhammad Nasri and Mohamad, Hasnah (2016) Perbandingan antara korpus nama ikan asal dengan korpus nama ikan yang distandardkan. Jurnal Linguistik, 20 (2). pp. 1-12. ISSN 1823-9242

Abstract

Perubahan yang berlaku pada sesuatu korpus disebabkan oleh proses penyeragaman atau penstandardan berbeza-beza mengikut jenis korpus, saiz korpus dan bahasa sesuatu korpus. Corak perubahan ini boleh dilihat berdasarkan perbandingan di antara korpus yang asal dengan korpus yang telah distandardkan. Dalam kajian ini, fokus diberikan kepada pengelasan dan perbandingan di antara kekerapan kata dalam korpus nama biasa ikan (KNBI) yang asal dengan kekerapan kata dalam KNBI yang telah distandardkan. Kekerapan kata yang dibandingkan dalam kajian ini terbahagi kepada aspek jumlah kekerapan type mengikut golongan kata, peratus kekerapan type mengikut golongan kata, jumlah kekerapan token mengikut golongan kata dan peratus kekerapan token mengikut golongan kata. Dalam meneliti perbandingan ini, dua korpus pilihan dan korpus tiada pertindihan telah dihasilkan. Kedua-dua korpus ini telah dibina daripada senarai nama ikan tempatan dan senarai nama ikan sahih dalam buku Ikan Laut Malaysia yang diselenggarakan oleh Yusri, Hamdan dan Rahman pada 2010. Setelah itu, kata dan kekerapan kata dalam kedua-dua korpus ini dikelaskan dan dibandingkan berdasarkan pendekatan corpus-based dan teori tatabahasa Melayu, iaitu Tatabahasa Dewan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat jumlah dan peratus kekerapan kata dalam KNBI asal yang lebih tinggi berbanding jumlah dan peratus kekerapan kata dalam KNBI yang telah distandardkan. Pada masa yang sama, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat jumlah dan peratus kekerapan kata dalam KNBI asal yang lebih rendah berbanding jumlah dan peratus kekerapan kata dalam KNBI yang telah distandardkan. Secara umumnya, hasil kajian ini telah dapat memperjelas kesan dan hasil daripada proses penyeragaman yang telah dilakukan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Perbandingan antara korpus nama ikan asal dengan korpus nama ikan yang distandardkan.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jurnal.plm.org.my/?page_id=190

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Original corpus; Standardized corpus; Common name of fish; Type; Token
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:02
Last Modified: 13 Aug 2018 02:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35641
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item