Citation
Mohd A. Rashid, Siti Norsyahida and Yaakob, Nor Azuwan and Salleh, Che Ibrahim
(2015)
Penggunaan bahasa dalam laman blog dari aspek morfologi.
Journal of Business and Social Development, 3 (2).
pp. 34-50.
ISSN 2289-2915
Abstract
Makalah ini merupakan suatu wahana perbincangan tentang kesalahan bahasa dalam laman blog dari aspek morfologi. Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata. Laman blog ini berkisar kepada sosial masyarakat dengan menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam penulisan blog dan untuk menghuraikan proses pembentukan kata khususnya dari aspek pengimbuhan kata nama, kata kerja, kata ganda, kata majmuk dan kata adjektif. Cara pengumpulan data ialah dengan mengambil 10 blog daripada laman web dari tahun 2011 hingga 2014. Data dianalisis dalam bentuk teks, iaitu tentang kesilapan bahasa yang dilakukan oleh penulis blog. Kajian mendapati bahawa terdapat kesilapan dalam penggunaan morfologi. Kesilapan penulisan meliputi aspek kata tunggal, kata terbitan, kata penggandaan, dan kata majmuk. Penyalahgunaan ini sekali gus menjadi satu cabaran terhadap bahasa Melayu terutamanya pejuang bahasa yang bertungkus-lumus dalam memartabatkan bahasa Melayu. Justeru adalah menjadi kepentingan dan kewajipan kita dalam memelihara bahasa Melayu dari kesalahan bahasa yang akan merosakkan bahasa itu sendiri.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |