UPM Institutional Repository

Teknik perundingan dalam Pertandingan Debat Diraja


Citation

Mohd Kiram, Norazlina and Abdul Rahim, Noor Asliza (2018) Teknik perundingan dalam Pertandingan Debat Diraja. Jurnal Linguistik, 22 (1). pp. 32-48. ISSN 1823-9242

Abstract

Debat merupakan suatu peristiwa bahasa atau tindakan yang berorientasikan matlamat. Keupayaan pendebat menyampaikan hujah dengan baik dan berkesan dapat menentukan kejayaan sesebuah pasukan. Dalam hubungan ini, pendebat perlu menguasai teknik komunikasi atau perundingan yang betul agar maklumat yang disampaikan dapat mempengaruhi khalayak. Penggunaan teknik perundingan akan dapat membantu pendebat merancang strategi yang tepat untuk mematahkan hujah pihak lawan sekali gus mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mencapai kemenangan. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis teknik perundingan yang digunakan oleh pendebat dalam Pertandingan Akhir Debat Diraja Antara IPT. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan. Data diambil daripada rakaman audio video Pertandingan Akhir Debat Diraja Antara IPT pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Data rakaman telah ditranskripsikan dalam bentuk bertulis dan dianalisis dengan menggunakan kerangka konsep Teknik Perundingan Asmah Haji Omar (2000). Terdapat lima teknik perundingan iaitu penggunaan ciri pragmatik, bercerita, bunga bahasa, pemilihan kod dan humor. Hasil kajian menunjukkan pendebat telah menggunakan kelima-lima teknik perundingan tersebut semasa berdebat.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Teknik perundingan dalam Pertandingan Debat Diraja.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jurnal.plm.org.my/?page_id=230

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Language competence; Speaking skill; Communicative competence; Debater; Royal Debate Competition
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 01:52
Last Modified: 13 Aug 2018 01:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35609
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item