UPM Institutional Repository

Pengaruh faktor sosial kesan kempen media Tak Nak Merokok Kementerian Kesihatan Malaysia


Citation

Maarof, Daing Diana and Osman, Mohd Nizam (2013) Pengaruh faktor sosial kesan kempen media Tak Nak Merokok Kementerian Kesihatan Malaysia. Jurnal Komunikasi, 29 (1). pp. 179-198. ISSN 2289-151X; ESSN: 2289-1528

Abstract

Tabiat merokok dalam kalangan remaja pada hari ini begitu membimbangkan semua pihak. Malah remaja yang merokok bukan sahaja membabitkan remaja lelaki bahkan kini sudah menular dalam kalangan remaja perempuan di negara ini. Terdapat kempen-kempen anti merokok telah dilaksanakan oleh kerajaan mahupun badan bukan kerajaan bagi membendung masalah ini. Namun kempen ini dikatakan gagal. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor pengaruh sosial yang mempengaruhi remaja merokok dan hubungannya dengan kesan-kesan kempen Tak Nak merokok terhadap remaja. Seramai 382 orang responden yang terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 12 hingga 21 tahun yang berada di sekitar Kuala Lumpur telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Data yang telah dikutip dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif (kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai dan statistik inferensi (korelasi pearson). Kajian ini mendapati faktor pengaruh sosial seperti rakan sebaya, keluarga dan diri sendiri mempengaruhi remaja untuk merokok dan hasil kajian ini juga mendapati antaranya terdapat hubungan yang negatif tetapi signifikan antara pengaruh rakan sebaya dengan kesan kempen terhadap kognitif.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Pengaruh faktor sosial kesan kempen media Tak Nak Merokok Kementerian Kesihatan Malaysia.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: School of Media and Communication Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: The relationship; Influence social factors; Effect of the campaign
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 11 Oct 2016 02:51
Last Modified: 11 Oct 2016 02:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35112
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item