Citation
Abstract
Gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada April 2009 bertujuan mengukuhkan perpaduan kaum sebagai asas keharmonian dan keamanan negara. Namun untuk mencapai hasrat murni tersebut, kerjasama dan penglibatan masyarakat amat perlu terutama golongan belia yang merupakan generasi pewaris pemimpin negara masa depan. Tanggapan yang salah terhadap Gagasan 1Malaysia pasti menghalang negara mencapai kejayaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan dan penglibatan belia di Kuching, Sarawak terhadap Gagasan 1Malaysia. Responden kajian adalah seramai 382 orang yang berumur 18 hingga 40 tahun yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu,Bidayuh, Iban, Kenyah, Cina, India, Melanau, Kayan, Kelabit, Lun Bawang, Brunei dan lain-lain. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai tahap penerimaan yang sederhana terhadap Gagasan 1Malaysia. Manakala tahap penglibatan belia terhadap Gagasan 1Malaysia adalah rendah. Disamping itu, kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara faktor kaum tentang penglibatan belia terhadap Gagasan 1Malaysia. Ternyata tahap penglibatan belia masih rendah dan memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa agar Gagasan 1Malaysia mencapai kejayaan sebagai wadah menyemai dan memperkasa perpaduan nasional.
Download File
Full text not available from this repository.
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Human Ecology |
Publisher: | Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia |
Keywords: | 1Malaysia concept; 1Malaysia; Community participation; Youth; Kuching; Sarawak |
Depositing User: | Nurul Ainie Mokhtar |
Date Deposited: | 23 Dec 2015 04:15 |
Last Modified: | 23 Dec 2015 04:15 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34847 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |