UPM Institutional Repository

Pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam persuratan dan pembudayaan ilmu, sains dan teknologi di rantau ini


Citation

Musa, Hashim and Che Rodi, Rozita and Noor Muhammad, Salmah Jan (2014) Pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam persuratan dan pembudayaan ilmu, sains dan teknologi di rantau ini. International Journal of the Malay World and Civilisation, 2 (2). pp. 3-19. ISSN 2289-1706; ESSN: 2289-4268

Abstract

Bahasa Melayu (BM) dalam sejarahnya merupakan bahasa antarabangsa yang luas digunakan di rantau Asia Tenggara dan pernah diangkat sebagai lingua franca bagi urusan perdagangan dan perhubungan antarabangsa di seluruh rantau ini. Statusnya yang berwibawa itu telah menarik masyarakat Nusantara menggunakannya sebagai bahasa utama dalam bidang kesusasteraan, persuratan dan pendidikan. Ini dibuktikan dengan penemuan hasil karya dalam BM seawal 1303M iaitu Batu Bersurat Terengganu dan 1380M syair berbahasa Melayu yang terukir pada sebuah batu bersurat di Acheh. Selain itu, Hukum Kanun Melaka serta Undang-undang Laut Melaka pula membuktikan BM juga menjadi bahasa perundangan utama di rantau ini seawal abad ke-15. Malah, ribuan manuskrip lama bertulisan Melayu-jawi yang berada dalam simpanan institusi dalam dan luar negara dapat menjelaskan kepentingan dan kedudukan utama BM sejak sekian lama di rantau ini. Makalah ini akan menghuraikan peranan sebenar BM dalam bidang persuratan dan pendidikan melalui pembudayaan ilmu, sains dan teknologi terkini yang disampaikan dalam BM iaitu bahasa rakyat jelata rantau ini. Amalan demikian mampu menggerakkan pencapaian kemajuan negara dan masyarakat rantau ini secara ekuitabel melebihi dan bahkan mengatasi penggunaan satu bahasa asing khususnya bahasa Inggeris (BI) yang penggunaannya tertumpu kepada kumpulan elit semata-mata. Malah, dengan meneliti isu tersebut, didapati bahawa BM yang merupakan bahasa indigenus atau bahasa tempatan penduduk rantau ini, adalah penapis dan penangkis yang kebal untuk melawan badai negatif globalisasi yang boleh menghancurkan nilai-nilai tradisi yang murni. Ianya juga merupakan unsur yang kental untuk menyemai rasa kekitaan atau esprit de corp, keakraban, kemesraan dan kasih sayang sesama penuturnya demi perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara bangsa dan pemerkasaan masyarakatnya. Namun kini terdapat cabaran dan asakan BI ke atas kewibawaan BM, dan makalah ini akan membincangkan strategi dan langkah menangani isu ini demi memartabatkan kembali BM sebagai pemangkin kepada pembangunan ekuitabel negara bangsa di rantau ini.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Institute of the Malay World and Civilisation, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Malay language; International language
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 23 Dec 2015 04:12
Last Modified: 23 Dec 2015 04:12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34843
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item