Citation
Husain, Salina
(2014)
Padanan makna kata kerja Ser dan Estar bahasa Sepanyol ke bahasa Melayu: satu panduan penulisan.
Jurnal Linguistik, 18 (2).
pp. 11-18.
ISSN 1823-9242
Abstract
Makalah ini membincangkan tentang penggunaan kata kerja Ser dan Estar yang membawa makna ‘ialah’ dan ‘adalah’ dalam bahasa Melayu. Perbezaan kelas kata iaitu, kata kerja dalam bahasa Sepanyol dan kata pemeri dalam bahasa Melayu, memungkinkan wujudnya kekeliruan dalam penggunaan ayat. Penulis cuba untuk mengenal pasti bentuk kata kerja Ser dan Estar dan padanan maknanya dalam bahasa Melayu. Seterusnya penulis akan menganalisis padanan makna tersebut berdasarkan fungsi ayat dalam bahasa Sepanyol dan bahasa Melayu. Kajian konseptual ini berdasarkan kepada teori Relevans oleh Sperber and Wilson (1986 dan 1995). Perubahan kelas kata yang wujud ini disebabkan perbezaan fungsi ayat dalam penggunaan Bahasa Sepanyol dan bahasa Melayu. Dalam usaha memperkasakan bahasa, kajian ini berperanan memantapkan lagi penggunaan tatabahasa agar penutur bahasa dalam kedua-dua bahasa tersebut dapat meminimumkan kesilapan mereka dalam pertuturan dan penulisan.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Padanan makna kata kerja Ser dan Estar bahasa Sepanyol ke bahasa Melayu satu panduan penulisan.pdf
Download (49kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |