Citation
Abdul Aziz, Adi Yasran and Wan Sulong, Wan Muhammad and Ismail, Muhd Zulkifli and Al-Geriani, Adel M. Abdul Aziz and Alias, Norhafiza
(2016)
Hubungan bahasa Arab-Melayu berdasarkan surat perjanjian wakaf masyarakat Melayu Mekah.
Jurnal Kemanusiaan, 25 (1).
pp. 34-47.
ISSN 1675-1930
Abstract
Penemuan dua warkah manuskrip Arab yang kedua-duanya bertarikh 1909 (1327 H) berkaitan perjanjian pewakafan tanah milik orang Melayu di Mekah telah mendorong kajian ini dilakukan. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan bahasa Melayu dan Arab termasuklah kata nama khas yang melibatkan semua nama keturunan Melayu dalam surat perjanjian tersebut, bangsa dan tempat asal mereka sama ada yang dinisbahkan kepada Juwanah al-Jawi, Malakah al-Jawi dan Kelantan al-Jawi. Bagi mencapai tujuan ini, salasilah keturunan Melayu dalam manuskrip tersebut turut dianalisis. Selain itu, sistem tulisan Arab yang berkaitan dengan sistem tulisan Jawi, iaitu penggunaan huruf hamzah di bawah alif dan ha yang menggantikan ta marbutah turut dikaji. Kajian ini dilakukan berdasarkan analisis teks dan konteks. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua 16 nama keturunan Melayu dalam surat perjanjian tersebut menggunakan nama Arab yang dibinkan kepada bapa dan datuk serta dinisbahkan kepada bangsa dan tempat asal mereka. Nama tersebut lahir daripada empat keturunan yang berbeza tetapi dua daripadanya telah bercantum sehingga generasi ke-5. Dari segi sistem tulisannya, pengguguran hamzah di bawah alif dan penggantian ta marbutah dengan ha digunakan secara meluas sama seperti yang terdapat dalam sistem tulisan Jawi sekarang. Hal ini menunjukkan bahawa hubungan bahasa Arab-Melayu sangat akrab.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Hubungan bahasa Arab-Melayu berdasarkan surat perjanjian wakaf masyarakat Melayu Mekah.pdf
Download (36kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |