Citation
Ismail, Edaham and Othman, Mohd Sukki and Mustapha, Nik Farhan and Ismail, Muhd Zulkifli
(2016)
Koheren dan kohesi dalam kisah Ashab al-A'raf.
Jurnal Kemanusiaan, 25 (1).
pp. 22-33.
ISSN 1675-1930
Abstract
Koheren dan kohesi merupakan dua kriteria penting untuk mengangkat penulisan sesebuah kisah untuk menjadi sebuah wacana dan teks naratif yang baik, yang mudah difahami. Kajian yang menggabungkan koheren dan kohesi menerusi wacana naratif kurang mendapat perhatian penyelidik terdahulu, terutama dalam teks al-Quran, yang mengandungi pelbagai kisah. Surah al-A'raf memaparkan pelbagai kisah dalam bentuk wacana naratif. Gabungan beberapa kisah yang terdapat dalam satu surah merupakan salah satu bentuk wacana naratif yang terdapat dalam al-Quran. Kajian ini mengambil inisiatif untuk menghuraikan perkaitan antara setiap ayat dalam kisah Ashab al-A'raf menggunakan Teori Kohesi Halliday (1976), dan Teori Struktur Retorikal Mann dan Thompson (1987). Dapatan kajian membuktikan perkaitan antara ayat, dan antara bahagian dihubungkan secara koheren dan juga kohesi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |