UPM Institutional Repository

Penguasaan pelajar Melayu terhadap tekanan suara menyebut perkataan Arab dari sudut intensiti


Citation

Ramli, Nazratul Aini and Mezah, Che Radiah and Yap, Ngee Thai (2016) Penguasaan pelajar Melayu terhadap tekanan suara menyebut perkataan Arab dari sudut intensiti. Jurnal Kemanusiaan, 25 (1). pp. 110-123. ISSN 1675-1930

Abstract

Kajian bidang fonetik bahasa Arab melibatkan kajian instrumental masih baru di Malaysia. Penggunaan perisian moden seperti perisian Praat dapat meneliti aspek suprasegmental dengan mengukur nilai tekanan suara melalui intensiti dengan lebih tepat. Tekanan suara (al-nabr) yang baik memberi kesan ke atas penyampaian mesej dalam berkomunikasi. Apa yang sering berlaku ialah apabila kebanyakan pelajar menuturkan perkataan tanpa mengikut kaedah sebutan suku kata bahasa Arab yang betul. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan pelajar terhadap tekanan suara menyebut perkataan Arab dari sudut intensiti melalui tiga pola berbeza iaitu [kv+kv+kv] فَعَ , [kvk+kvk+kvk] اِ ل س ل عِ لََََ dan [kvk+kv+kvk] يَ لََ ف عََِ . Data dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian Praat. Subjek bagi kajian ini merupakan pelajar kelas kemahiran Bahasa Arab Tahap 3 di UPM. Kajian ini menggunakan sembilan perkataan bahasa Arab sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar Melayu cenderung untuk menekankan suku kata akhir ketika menuturkan perkataan pola [kv+kv+kv]. Didapati pengetahuan pelajar tentang tekanan suara dalam perkataan adalah lemah. Kajian ini diharapkan dapat memberi impak dalam pembelajaran bahasa Arab khususnya aspek fonetik serta menjadi pencetus kepada kajian fonetik instrumental akan datang.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Penguasaan pelajar Melayu terhadap tekanan suara menyebut perkataan Arab dari sudut intensiti.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia
Keywords: Tone; Intensity; Praat software; Arabic language
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 19 Sep 2016 09:18
Last Modified: 19 Sep 2016 09:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34569
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item