UPM Institutional Repository

Plot penceritaan dalam shojo manga


Citation

Mamat, Roslina and Abdul Halim, Hazlina and Mansor, Nor Shahila and Abd Rahim, Normaliza (2016) Plot penceritaan dalam shojo manga. Jurnal Kemanusiaan, 25 (1). pp. 101-109. ISSN 1675-1930

Abstract

Shojo manga adalah genre komik Jepun yang mensasarkan golongan remaja perempuan dalam kalangan umur tujuh tahun hingga dua puluh tahun sebagai pembaca utama. Shojo yang bermaksud ‘gadis kecil’ dan manga bermaksud ‘komik’ mempunyai variasi dari segi naratif dan stail grafik, berlatar belakangkan sejarah sehingga kepada fiksyen sains. Kebiasaannya shojo manga diwarnai dengan unsur romantik, humor, konflik dan emosi dalam hubungan cinta antara lelaki dengan perempuan. Definisi shojo manga bukan terhadap cerita atau lakaran dalam sesuatu komik tetapi adalah berdasarkan pembaca sasaran iaitu golongan wanita pada peringkat awal remaja. Shojo manga dipopularkan oleh Ozuka Tesamu selepas Perang Dunia Ke-2 iaitu manga yang bertajuk Princess Knight. Pertengahan tahun 1960-an, barulah muncul penulis wanita dalam genre shojo manga iaitu Nishitani Yoshiko yang menulis mengenai kisah cinta dalam kalangan gadis Jepun kontemporari. Kajian ini meneliti teks yang terdapat dalam shojo manga terjemahan dan mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat dalam shojo manga, seterusnya merumuskan faktor yang menjadikan shojo manga berjaya dalam dunia global.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Plot penceritaan dalam shojo manga.pdf

Download (48kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia
Keywords: Shojo manga; Comic; Japanese; Teenagers; Woman
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 19 Sep 2016 09:18
Last Modified: 19 Sep 2016 09:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34566
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item