Citation
Loh, Chee Hou and Ang, Lay Hoon
(2016)
Hubungan kemahiran regulasi pelajar dan pemahaman teks dalam kalangan pelajar sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.
Jurnal Kemanusiaan, 25 (1).
pp. 85-100.
ISSN 1675-1930
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran regulasi pelajar Tahun 5 dalam pemahaman teks bahasa Cina dan seterusnya mengkaji hubungan di antara tahap kemahiran regulasi pelajar dengan tahap pemahaman teks pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Cina di sekolah. Kajian ini bersifat kuantitatif dan sebanyak 195 orang pelajar Tahun 5 telah terlibat dalam menjawab soal selidik. Satu set borang soal selidik yang berasaskan State Meta Cognitive Inventory yang dibina oleh O’Neil dan Abedi (1996) telah diubahsuaikan dan diadaptasikan dalam kajian ini. Ujian Spearman Rho (r) turut dijalankan dan secara keseluruhan, kemahiran regulasi pelajar Tahun 5 dalam pemahaman teks bahasa Cina berada pada tahap sederhana, iaitu skor min 3.62. Hubungan positif yang sederhana, iaitu r = 0.316 antara kedua-dua pembolehubah tersebut telah dicapai. Dengan adanya kemahiran regulasi, peratusan kelulusan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Cina (kertas pemahaman) adalah sebanyak 81.54% (n=159 orang). Kajian ini dapat memberikan implikasi kepada penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa pada peringkat sekolah rendah.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Hubungan kemahiran regulasi pelajar dan pemahaman teks dalam kalangan pelajar sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.pdf
Download (49kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |