UPM Institutional Repository

Trend pembinaan blog dalam pembelajaran bahasa Sepanyol


Citation

Husain, Salina and Ismail, Muhd Zulkifli and Danuri, Norazmi (2016) Trend pembinaan blog dalam pembelajaran bahasa Sepanyol. Jurnal Kemanusiaan, 25 (1). pp. 59-69. ISSN 1675-1930

Abstract

Penggunaan teknologi dalam pembelajaran bahasa asing pada masa sekarang menjadi satu keperluan yang sangat penting. Hal ini kerana teknologi akan sentiasa berubah seiring dengan peredaran masa. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan penggunaan blog sebagai satu kaedah baharu dalam mencapai proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing. Penulis akan melihat trend pelajar mengaplikasikan bahan-bahan berkaitan, berdasarkan tahap kognitif pelajar dalam membina blog bahasa Sepanyol berdasarkan pendekatan Teori Kognitif oleh Piaget (1952). Sebanyak enam blog akan dikaji dalam kajian ini dengan menumpukan kepada kepelbagaian gaya pelajar membina dan mengolah blog berdasarkan pengetahuan yang dipelajari dalam bilik kuliah. Secara rumusan dapatan kajian ini memperlihatkan penggunaan tiga jenis trend dalam penulisan blog iaitu trend fokus, pemikiran dan bahasa yang digunakan. Oleh yang demikian kajian ini akan dapat memberi satu dimensi baharu dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran bahasa Sepanyol, dan memberi idea kepada kajian pada masa hadapan untuk mempelbagaikan lagi kajian berkaitan blog dalam bahasa Sepanyol.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Trend pembinaan blog dalam pembelajaran bahasa Sepanyol.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia
Keywords: Technology; Language learning; Blog; Writing skill
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 19 Sep 2016 09:18
Last Modified: 19 Sep 2016 09:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34555
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item