UPM Institutional Repository

Pengaruh konteks situasi terhadap variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW dalam al-Quran


Citation

Mohd Hakim, Siti Rasidah and Wan Sulong, Wan Muhammad and Othman, Mohd Sukki (2016) Pengaruh konteks situasi terhadap variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW dalam al-Quran. Jurnal Kemanusiaan, 25 (1). pp. 48-58. ISSN 1675-1930

Abstract

Ayat seruan merupakan salah satu gaya bahasa yang digunakan dalam al-Quran. Dalam bahasa Arab ayat seruan dikenali sebagai ayat Nida’, yang mengandungi dua komponen utama yang membina ayat tersebut iaitu kata seru atau adat Nida’ dan orang yang diseru atau munada. Ayat seruan dalam al-Quran ditujukan kepada seseorang yang diseru menggunakan variasi dan pelbagai lafaz. Seruan kepada Nabi Muhammad SAW dikenalpasti menggunakan lima bentuk variasi lafaz yang ditujukan kepada baginda. Justeru, kajian bertujuan untuk menganalisis dan menilai pengaruh konteks situasi terhadap penggunaan dua variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW iaitu al-Rasul dan al-Nabiy. Sarjana Islam terdahulu telah menjelaskan berkenaan kepentingan konteks situasi dalam pentafsiran ayat-ayat al-Quran. Oleh itu, konteks situasi menjadi aspek utama dalam menjelaskan persoalan penggunaan variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW ini. Sampel kajian ayat seruan dianalisis berdasarkan Teori Semiotik Sosial Halliday (1978). Dapatan kajian menunjukkan penggunaan dua bentuk variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW yang dikaji, dipengaruhi oleh aspek konteks situasi terutamanya oleh isu dalam unsur medan wacana. Manakala pelibat wacana sebagai unsur sampingan yang mempengaruhi penggunaannya.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Pengaruh konteks situasi terhadap variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW dalam al-Quran.pdf

Download (52kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia
Keywords: Interjection; Variations in language; Social semiotic; Situational context
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 19 Sep 2016 09:18
Last Modified: 19 Sep 2016 09:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34551
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item