Citation
Mohd Khir, Azlina and Redzuan, Ma'rof and Hamsan, Hanina Halimatusaadiah and Adam Assim, Mohd Ibrani Shahrimin
(2014)
Hubungan antara nilai pencapaian dan lokus kawalan denganatribusi kemiskinan dalam kalangan remaja Orang Asli.
Pertanika MAHAWANGSA, 1 (1).
pp. 133-146.
ISSN 2289-7259
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menentukan hubungan antara nilai pencapaian dan lokus kawalan dengan atribusi kemiskinan dalam kalangan remaja Orang Asli. Seramai 402 pelajar Orang Asli yang berumur 14 dan 16 tahun dari sepuluh buah sekolah menengah di negeri Pahang dan Perak terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat (multi-stage sampling). Nilai pencapaian dan atribusi kemiskinan diukur menggunakan alat ukuran yang dibina sendiri oleh penyelidik, manakala Skala Kawalan Internal-Eksternal Nowicki-Strickland (SKIENS) digunakan untuk mengukur lokus kawalan responden. Kesemua alat ukuran yang digunakan di dalam kajian ini menghasilkan nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach antara 0.665 hingga 0.892. Hasil kajian menunjukkan atribusi kemiskinan yang paling dominan adalah faktor ekonomi. Selain itu, kajian turut mendapati nilai pencapaian dan lokus kawalan remaja Orang Asli berada pada tahap sederhana. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan signifikan antara nilai pencapaian dengan atribusi kemiskinan (r = -.237 hingga r = 0.134; p < .01) dan lokus kawalan dengan atribusi kemiskinan responden (r = -.166 hingga r = .263; p < .01). Kesimpulannya, nilai pencapaian dan lokus kawalan mempunyai hubungan dengan atribusi kemiskinan dalam kalangan remaja Orang Asli. Persepsi remaja Orang Asli terhadap faktor dalaman boleh ditingkatkan dengan penerapan nilai pencapaian yang positif dan lokus kawalan dalaman. Ini penting agar mereka lebih mengoptimumkan potensi diri untuk lebih cemerlang dan keluar dari putaran kemiskinan.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Hubungan antara nilai pencapaian dan lokus kawalan denganatribusi kemiskinan dalam kalangan remaja Orang Asli.pdf
Download (36kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |