Citation
Mohamad Yusoff, Mohamad Fitri and Zainon Hamzah, Zaitul Azma
(2014)
Istilah Melayu dan Arab dalam wacana muamalat.
Jurnal Bahasa, 14 (1).
pp. 93-118.
ISSN 1511-9084
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti manifestasi praktis sosial wacana muamalat yang dimanfaatkan dalam kerangka sistem ekonomi konvensional menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kirtis Fairclough, dan menganalisis ciri tekstual yang mendasari pembentukan wacana muamalat dalam kerangka sistem ekonomi konvensional. Kajian ini menggunakan kaedah analisis wacana. Teks Ulasan Operasi Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dijadikan sebagai bahan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa praktis sosial yang dimanfaatkan dalam wacana muamalat adalah ihsan yang dimanifestasi melalui penggunaan kata/istilah. Dari segi leksikal pula didapati wacana muamalat bukan sahaja menggunakan kata/istilah Melayu bukan lazim dan kata/istilah Arab tulen dalam teks berbahasa Melayu, malah terdapat juga penggunaan kata/istilah gabungan Melayu-Arab.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |