UPM Institutional Repository

Kohesi gramatikal penghubung dalam karangan berbahasa Melayu


Citation

Mat Hassan, Nurmasitah and Zakaria, Jama'yah (2015) Kohesi gramatikal penghubung dalam karangan berbahasa Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 3. pp. 101-113. ISSN 2289-7208; ESSN: 2289-9294

Abstract

Kohesi bermakna teks atau wacana berhubung antara satu sama lain bagi membina makna yang lebih jelas dan akhirnya dapat difahami oleh pembaca. Tiadanya kohesi dalam penulisan menyebabkan pembaca sukar memahami maklumat yang dibaca. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan aspek kohesi gramatikal dalam karangan Bahasa Melayu pelajar pada peringkat pengajian tinggi awam. Sampel kajian adalah pelajar institusi pengajian tinggi awam dengan menggunakan karangan sebagai bahan kajian. Kajian ini menggunakan Teori Fungsional Fungsi Ayat. Data kajian diperoleh daripada karangan yang ditulis oleh pelajar yang mengambil kursus penulisan dalam Bahasa Melayu. Bagi tujuan keseragaman, tajuk karangan ditentukan dan tempoh penulisan adalah enam puluh minit. Data-data dikira dalam bentuk peratus dan dihuraikan. Analisis ini hanya membincangkan kohesi gramatikal jenis penghubung sahaja. Kohesi gramatikal penghubung terbahagi kepada lima bahagian iaitu penghubung pertambahan, penghubung pertentangan, penghubung sebab-akibat, penghubung waktu dan penghubung syarat. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar lebih banyak menggunakan kohesi gramatikal penghubung pertambahan dalam menulis karangan Bahasa Melayu.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Kohesi gramatikal penghubung dalam karangan berbahasa Melayu.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ijleal.ump.edu.my/index.php/services

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Pahang
Keywords: Conjunction; Essay; Grammatical cohesion
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Sep 2016 07:20
Last Modified: 15 Sep 2016 07:20
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34280
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item