UPM Institutional Repository

Interpretasi pantun daripada perspektif semiotik


Citation

Basharuddin, Nurul Aminah and Mohamad, Hasnah (2014) Interpretasi pantun daripada perspektif semiotik. Jurnal Linguistik, 18 (1). pp. 1-9. ISSN 1823-9242

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pantun Melayu dengan menggunakan perspektif semiotik. Pantun Melayu kaya dengan khazanah keindahan bahasa, penuh dengan simbol, baris bersajak dan kata-kata puitis yang indah dapat menunjukkan betapa sopannya orang-orang Melayu mengucap rasa hati, fikiran, atau idea serta jiwanya. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis pantun Melayu dari perspektif semiotik dengan menggunakan teori pensemiotikan puisi Riffaterre. Pengkaji menggunakan kaedah kajian analisis teks dan membataskan kajian terhadap pantun yang diambil dari buku Kurik Kundi Merah Saga. Hasil kajian dapat mengurangkan kesukaran untuk membuat interpretasi terhadap sesuatu lambang atau unsur yang terdapat dalam sesuatu perkataan dan seterusnya memahami apa yang hendak disampaikan melalui tafsiran lambang-lambang berkenaan di samping dapat memberikan pemahaman yang tepat berdasarkan makna pantun sebenar.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Interpretasi pantun daripada perspektif semiotik.pdf

Download (33kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jurnal.plm.org.my/?page_id=90

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Semiotics; Pantun; Riffaterre semiotics theory; Sign; Kurik Kundi Merah Saga
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Sep 2016 04:40
Last Modified: 15 Sep 2016 04:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34240
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item