UPM Institutional Repository

Retrospek sumbangan Dato' Dr. Hassan Ahmad dalam kebahasaan dan penerbitan


Citation

Yaakob, Nor Azuwan and Syed Abdullah, Syed Nurulakla and Ismail, Muhd Zulkifli (2014) Retrospek sumbangan Dato' Dr. Hassan Ahmad dalam kebahasaan dan penerbitan. Pertanika MAHAWANGSA, 1 (1). pp. 61-83. ISSN 2289-7259

Abstract

Allahyarham Dato’ Dr. Hassan Ahmad merupakan tokoh tersohor dan berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, perancangan bahasa dan sastera, penyelidikan serta pengurusan. Beliau berhasrat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bukan sahaja mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan, malah sebagai alat yang dapat membentuk dan mengembangkan identiti kebangsaan, alat komunikasi masyarakat serta alat perpaduan dalam negara yang berbilang bangsa dan bahasa. Menurut beliau, kekuatan dan kekayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, pemikiran dan budaya tinggi dapat diperkasakan melalui penghasilan buku yang bermutu tinggi dalam bahasa tersebut. Perusahaan buku pula tidak boleh bermotif ekonomi semata-mata, malah merupakan perusahaan ilmu pengetahuan (knowledge industry). Oleh yang demikian, kerajaan perlulah memastikan perusahaan buku diiktiraf sebagai suatu perusahaan yang penting (essential industry), iaitu perusahaan budaya (Nor Azuwan Yaakob, 2013, ms. 166-167). Beliau pernah digelar ‘The Godfather of Malaysian Book World’ dan menerima ‘Anugerah Tokoh Pembangunan Buku Negara’ (2005) serta merupakan tokoh ilmuwan dan intelektual dalam pelbagai bidang, malah ‘pejuang bahasa’ yang sangat berani. Makalah ini menelusuri, merungkai dan mengupas retrospek sumbangan beliau dalam kebahasaan dan penerbitan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Retrospek sumbangan Dato' Dr. Hassan Ahmad dalam kebahasaan dan penerbitan.pdf

Download (50kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Principles; Thought; Language warrior; Linguistics; Publishing
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Sep 2016 04:21
Last Modified: 15 Sep 2016 04:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34209
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item