UPM Institutional Repository

Asas penulisan tesis, penyelidikan & statistik


Citation

Talib, Othman (2013) Asas penulisan tesis, penyelidikan & statistik. Universiti Putra Malaysia Press, Serdang, Selangor. ISBN 9789673443352

Abstract

Asas penulisan tesis, penyelidikan dan statistik ini memfokuskan panduan praktikal bagi penulisan tesis yang berkemungkinan terdapat perbezaan daripada yang anda pernah baca dalam buku lain yang seumpamanya. Penulis menggunakan pengalaman beliau ketika mengendalikan bengkel penulisan tesis di hampir semua IPTA untuk dikongsikan dengan pembaca di dalam buku ini. Kekuatan buku ini bergantung pada pengelasan yang diberikan secara mudah berserta d engan contoh yang praktikal. Huraian berserta contoh penulisan sorotan kajian secara kritis yang selama ini menjadi masalah kepada pelajar yang menulis tesis, projek mahupun disertasi turut dikemukakan. Buku ini mengandungi 10 bab yang menggabungkan langkah-langkah daripada persediaan menyiapkan cadangan penyelidikan (proposal), bagaimana kajian dilakukan sehinggalah pembaca difahamkan mengenai asas statistic dalam penyelidikan sains sosial. Gaya penulisan yang digunakan oleh pengarang adalah bahasa yang mudah dan dapat difahami oleh pembaca walaupun berlainan latar belakang pendidikan.


Download File

[img]
Preview
Text (Book cover)
Asas Penulisan Tesis.pdf

Download (30kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Book
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Writing; Research writing; Academic writing
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 29 Apr 2015 04:50
Last Modified: 12 Dec 2019 00:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34140
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item