Citation
Abdullah, Ahmad Kamal, ed.
(2013)
Anggerik cinta Shahnon Ahmad.
Universiti Putra Malaysia Press, Serdang, Selangor.
ISBN 9789673442683
Abstract
Shahnon Ahmad ialah Sasterawan Negara yang telah melakukan proses transformasi sosial berasaskan acuan pemikirannya yang dijelmakan dalam pelbagai genre kesusasteraan, terutamanya novel dan cerpen. Beliau dikenali sebagai sasterawan yang prolific serta dengan mata pena yang tajam beliau telah membelah dan menelanjangi zahir batin manusia secara terperinci tetapi tetap mengambil kira tajdid dan islah. Pengetahuan dan pengalamannya senantiasa bertambah sesuai dengan anjakan paradigma dan globalisasi. Penambahan ini dimanfaatkan secara tuntas untuk mengabdikan diri terhadap masyarakat dengan caranya sendiri. Pengabdiannya yang tidak mengenal jemu itu menjadikan beliau layak digelar Pejuang Sastera serta pelbagai anugerah dikurniakan kepada beliau. Buku Anggerik Cinta Shahnon Ahmad ini merupakan gabungan untaian bicara oleh beberapa penulis yang mengagumi Shahnon Ahmad. Mereka mengetengahkan idea dan menggarapnya dengan jelas menerusi cara dan gaya masing-masing.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |