UPM Institutional Repository

Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah


Citation

Othman, Mohamad Khairi (2013) Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti penerapan nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik serta perkaitan dan pengaruhnya terhadap penghayatan nilai murni pelajar. Aspek penerapan nilai murni dalam pengajaran guru yang dikaji ialah tahap kekerapan penerapan 17 nilai murni, kaedah penerapan nilai murni dan teknik penerapan nilai murni. Reka bentuk kajian ini ialah secara tinjauan deskriptif-korelasi dan disokong dengan temu bual separa berstruktur. Bagi tinjauan deskriptif-korelasi, kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada 448 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan harian di Semenanjung Malaysia yang menjawab soal selidik. Bagi temu bual separa berstruktur, kajian ini melibatkan responden yang terdiri seramai 12 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara teknik persampelan rawak dalam kalangan responden yang menjawab soal selidik. Temu bual separa berstruktur ini adalah untuk menyokong dan menghuraikan lebih lanjut akan dapatan kajian objektif keempat iaitu berkaitan aspek penghayatan nilai murni pelajar. Dapatan kajian analisis deskriptif memperlihatkan persepsi pelajar terhadap tahap kekerapan penerapan 17 nilai murni secara keseluruhan dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik adalah tinggi. Persepsi pelajar terhadap kekerapan penerapan 17 nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu adalah lebih tinggi berbanding dalam mata pelajaran Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik. Seterusnya, persepsi pelajar terhadap kaedah penerapan nilai murni secara keseluruhannya dalam pengajaran guru Bahasa Melayu dan Sejarah menunjukkan amalan pada tahap tinggi, manakala dalam pengajaran guru Bahasa Inggeris dan Matematik menunjukkan amalan pada tahap sederhana tinggi. Persepsi pelajar terhadap teknik penerapan nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik pula secara keseluruhan adalah sederhana tinggi. Manakala, aspek penghayatan nilai murni pelajar secara keseluruhannya dipaparkan pada tahap sederhana tinggi. Dapatan analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kekerapan penerapan 17 nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik dengan penghayatan nilai murni pelajar. Terdapat juga hubungan positif yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kaedah penerapan nilai murni bagi dimensi kaedah tidak langsung dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik dengan penghayatan nilai murni. Hanya dimensi kaedah langsung dalam pengajaran guru Bahasa Melayu dan Sejarah sahaja yang mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Seterusnya, dapatan memaparkan bahawa persepsi pelajar terhadap teknik penerapan nilai murni bagi dimensi teknik model/contoh dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris sahaja yang mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Analisis Regresi Berganda mendapati hanya persepsi pelajar terhadap kekerapan penerapan 17 nilai murni dalam pengajaran guru Sejarah dan Bahasa Melayu sahaja merupakan peramal terhadap penghayatan nilai murni pelajar. Kesimpulannya, dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada guru tentang kepentingan amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran bagi memastikan penghayatan nilai murni pelajar meningkat. Kajian ini juga memperlihatkan betapa pentingnya elemen-elemen dalam kaedah dan teknik penerapan nilai murni yang boleh meningkatkan penghayatan nilai murni pelajar.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2013 2R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Values - Study and teaching (Secondary) - Malaysia
Subject: Moral education (Secondary) - Malaysia
Subject: Values in adolescence - Malaysia
Call Number: FPP 2013 2
Chairman Supervisor: Profesor Madya Asmawati Suhid, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 11 Jan 2016 09:05
Last Modified: 23 Feb 2016 04:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33794
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item