UPM Institutional Repository

Perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan


Citation

Masri, Siti Rabeah (2012) Perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Muslimah yang mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah SWT kurang diperagakan dengan sahsiah dan keperibadian yang sebenar mengikut pandangan Islam. Walaupun ada terdapat kajian-kajian tentang wanita, namun dari sudut sahsiah yang memperlihatkan keperibadian Muslimah dari sudut pandangan Islam masih kurang dilakukan. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat keunggulan sahsiah Muslimah dalam novel-novel pilihan, iaitu Surat-surat Perempuan Johor dan Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani serta Atas Nama Cinta dan Satu Bumi karya Isa Kamari yang berupaya membawa nilai-nilai kemurnian Islam untuk meningkatkan sahsiah terpuji dalam diri khalayak pembaca. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sahsiah Muslimah dalam novel-novel pilihan. Seterusnya, menganalisis sahsiah Muslimah dengan menggunakan Teori Takmilah sebagai landasan kajian. Hasil kajian terhadap aspek sahsiah Muslimah dari sudut akidah, sahsiah Muslimah dari sudut ibadah dan sahsiah Muslimah dari sudut akhlak menunjukkan bahawa Muslimah mempunyai keperibadian dan sahsiah yang unggul kerana berpegang kepada tiga sendi Islam. Sahsiah Muslimah dari msudut akidah menemukan nilai keimanan dan ketakwaan Muslimah terhadap Allah SWT. Aspek ibadah pula meliputi nilai-nilai ajaran Islam seperti solat dan membaca al-Quran. Manakala aspek akhlak pula dominan memperlihatkan ketinggian sahsiah Muslimah dalam memelihara hubungannya dengan ibu bapa, diri sendiri dan masyarakat. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga aspek ini bertepatan dengan gagasan Teori Takmilah yang membawa perutusan kebaikan bagi meningkatkan sahsiah yang terpuji dalam diri khalayak pembaca. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa nilai-nilai kemurnian akhlak Islam yang wujud dalam diri Muslimah berupaya memartabatkan ketinggian sahsiah dan seterusnya menjadi contoh teladan kepada pembentukan nilai-nilai murni dalam kalangan pembaca.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2012 11R.pdf

Download (920kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Muslims in literature
Subject: Islam and literature
Subject: Literature - Psychology
Call Number: FBMK 2012 11
Chairman Supervisor: Kamariah Kamarudin, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 16 Mar 2015 03:15
Last Modified: 16 Mar 2015 03:15
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33618
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item